Bila Penginapan Ditaja : PNB Darby Park

Bila hari tu ada attend training seminggu, company terus provide penginapan sebab company based on Terengganu. So suami google penginapan di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur, terus terfikir PNB Darby Park Executive Suite. Hotel ini bersebelahan dengan Bangunan Tabung Haji, LRT Ampang, Masjid AS-Syakirin dan KLCC.

Gambar ihsan Mr. Google

Untuk maklumat lanjut boleh klik disini www.pnbdarbypark.com. Lepas tu kawan saya request suruh update kat blog sebab dia nak tahu dengan lebih lanjut suasana suite PNB Darby Park. Kali ni blog penuh dengan gambar dan fokus adalah gambar di dalam suite sahaja.


 Bilik Deluxe Premier Floor - RM367.72 Internet Promotion Rates (Promotion)

,
view dari pintu masuk

shoe rack. Sebelah tu ialah dapur.

Memang dah habit, bila pergi memana je, mesti tengok bilik air dulu. Sebab kalau bilik air tak best, akan spoilkan mood saya. Sebab bagi saya kalau bilik air dia kotor dan tak berapa nak ok mencerminkan management hotel tu. Bilik air PNB Darby Park ni so far ok. Nice dan luas.

macam biasa : shower gel, lotion, shampoo, sanitary bag

bilik tidur

view dari bilik tidur. Bangunan Tabung Haji.
Apa yang ada lagi kat bilik tidur ialah :
.
.
.

lampu suluh untuk kecemasan. Jarang ada benda ni.

Seterika

Payung. Ni pun rare. Selalunya payung ni kena request kat receptionist counter je. Tapi PNB Darby Park disediakan di setiap bilik.

sejadah for muslims.

laundry basket.


Pemandangan Living room.

ada DVD player lagi

Kitchen terletak di sebelah kiri pintu masuk tadi
. Sesuai yang sesiapa menginap untuk sebulan atau maybe lebih lagi sebab complete semua alatan memasak. Fridge, Microwave, toaster, coffee maker dan lain-lain. Jom scroll kat bawah :
.
.
.

Induction Cooker

toaster dan coffee maker


Rice cooker dengan periuk sekali

Cutlery set

Pinggan mangkuk siap ada tea set lagi

Microwave

coffee,tea,sugar and creamer (macam biasa yang selalu disediakan oleh pihak hotel)

Penting untuk yang ada anak kecil seperti saya.

Keselamatan dititik beratkan oleh pihak hotel. Alat pemadam api.


Pencuci pinggan mangkuk sekali.

Petang tu kami try room service. Order makanan sebab malas nak keluar (cuaca jerebu teruk). Memang tidak mengecewakan sebab sedap-sedap belaka. Harga pun berpatutan.

Pizza Al Funghi (mushrooms) RM29.00 nett. Kulit nipis dan menyelerakan. Topping pun penuh dengan mushroom, onion, capsicum, olive dan mozzarella cheese. Sedap.


Nasi Paprik Seafood RM22.00 nett.  (steamed rice, telur goreng sayur lobak)


 Paprik yang penuh dengan udang yang gemuk-gemuk (5ekor), sotong dan sayur. Sesuai sekali makan ketika betul-betul lapar sebab lauk paprik ni banyak (1 mangkuk).

Memang puas hati dengan servis dia dari receptionist sampailah kepada keadaan biliknya. Room service pun laju. 30minit je dah sampai makanan. Dan yang paling penting Restoran 10binjai dia tak provide any alcohol. 


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil