Skip to main content

Day 2 : Penang (Bukit Bendera @ Penanghill)

Orang cakap kalau pergi Pulau Pinang, tak sah kalau tak pergi Bukit Bendera. Kiranya macam kalau tak pergi, maknanya tak lengkaplah percutian anda di sana.

Pagi-pagi lagi kami dah gerak ke sana. Risau kalau ramai orang. Sampai je lebih kurang pukul 9pagi, mashaAllah ramai giler tengah beratur dekat kaunter tiket. Saya pun bergegas keluar daripada kereta, suami pergi cari parking. Kalau nak beli tiket, make sure mykad dan mykid ada tau sebab baru dapat rate murah. Kire special untuk Malaysian la. Tiket ni ada yang single tiket dan ada pakej untuk family. Contohnya 2 dewasa + 1 kanak-kanak = RM17 sahaja. 


Ni seksyen kedua sebelum nak naik tren tersebut. Di setiap stesen ditandakan masa yang diperuntukkan. Contohnya kat sini lagi 30mins baru dapat naik tren tersebut.


Sila zoom kan ye. Maaf camera tak berapa canggih.


Kalau sesapa tak tahu, Bukit Bendera ni wujud pada tahun 1923. Berada pada ketinggian 712 dari aras laut. Sebelum ada tren ni, tandu ni telah digunakan. Tak boleh nak bayangkan macam manala orang tu mendaki.

*tandu.
Kalau kena beratur panjang, dont worry sepanjang laluan beratur tu ada disediakan toilet dan mesin minuman air serta kerusi untuk berehat.


Ohh rupanya tren dah canggih. 12tahun dulu tren merah putih. Sapa ingat??

Nasib dapat port best kat dalam tren so leh tengok pemandangan cantek macam ni.

Sekejap je dah sampai. Yeayy lengkaplah agenda melancong di Penang.

Nampakla seluruh Pulau Pinang. Time saya pergi ni, ada beberapa kerja-kerja pembaikan dilakukan. Angin kuat masa kami sampai di sini. Terpaksa pegang kuat tudung, karang tercabut lak. Nyaman dan segar. Best.

Kat tempat ni sesapa nak ambil gambar dikenakan bayaran RM10 jika guna khidmat jurufoto. Kalau nak ambil gambar sendiri-sendiri pun boleh.

Ingatkan kat Namsan Tower, Korea je ada benda ni rupanya kat sini pun ada. Nak beli benda ni kalau kecil RM3, besar RM5. Sesapa nak abadikan kenangan cinta mereka bolehkan dilakukan di sini.

Di sini ada cafe. 2 tingkat. Bahagian atas dikhaskan untuk makanan dan bahagian bawah untuk minuman dan cenderahati. Disebabkan masih kenyang lagi, kami pun hanya minum sahaja. Tapi bukan minum air biasa tau. Tapi yang spesel punye.

Ni dia, ABC sedap. Fuhhh lega.

Ni mango ice. RM9. Harus cuba tau kalau datang sini. Ais+mangga+puri mangga. Memang sedap rasa macam tak cukup 1 mangkuk.

Ada juga jual fright magnet, baju, barangan kraf.


Ni bahagian jual makanan. Tempat ni luas dan bersih. Di sini ada muzium burung hantu (owl museum) tapi kami tak masuk. Bukit Bendera juga ada menyediakan perkhidmatan tram tp harganya agak mahal. 

Perkhidmatan teropong ni pun disediakan untuk melihat pemandangan yang lebih jelas lagi. Dikenakan bayaran sebanyak RM1 sahaja.

*Ini bahagian paling atas Bukit Bendera


Cantikkan?? Subhanallah..

Di sinilah ditempatkan Owl Museum dan food court.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…