Skip to main content

Jangan Merungut Bila Pergi Hospital Kerajaan.

Nowaday kita dapat baca yang seawal umur 20tahun, dah ada bermacam-macam penyakit. Mana saya tahu? Sebab saya kerja di hospital, setiap hari memang ramai pesakit yang terdiri daripada golongan muda. Kenapa jadi macam tu? Sebab gaya hidup kita dan amalan pemakanan kita. Seawal umur 20tahun dah ada penyakit kecing manis, darah tinggi, jantung.Tapi selalunya mesti kita lambat detect yang kita ada penyakit tersebut. Betul tak??

Pernah dengar tak baru-baru ini ada akhbar melaporkan Malaysia adalah menduduki tempat ke 3 negara yang paling obesiti di Asia. Gerunkan? Kalau obesiti tu faham-faham jelah penyakit yang datang. Kolestrol sah-sah ada. Dan seangkatan dengannya. 

Part 1:

Sekarang ni kalau duit tak berapa nak banyak, konpem akan bertandang ke hospital kerajaan. Bukan nak cakap hospital kerajaan ni tak berapa bagus (saya bekerja di hospital kerajaan), tapi masa menunggu tu membuatkan orang yang jenis tak tahan sabar ni akan mengamuk di kaunter. Kenapa hospital attend lewat? Faham-faham jelah, hospital kerajaan ni dikunjungi oleh banyak pesakit berbanding hospital swasta. So kami ni terpaksa attend pesakit yang benar-benar tahap level kecemasan dengan segera. Bukan kami sengaja tak nak attend awal, tapi dek banyak sangat pesakit, kami bagi priority kepada yang kecemasan. Malah saya sendiri yang staf pun terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk berjumpa dengan doktor pakar. Fuhh memang berapi time tu, dahla menunggu hampir 2jam, jumpa doktor pun tak sampai setengah jam. Saya faham doktor pun terpaksa mengehadkan waktu berjumpa pesakit kerana masih ramai lagi yang menunggu. Sengsara bukan. Yelah hospital kerajaan ni memang terkenal dengan doktor pakar yang memang excellent. Lepas tu kena pulak musim ramai pesakit, waktu menunggu masuk wad pun boleh sampai berjam tau.

Part 2:

Lepas tu saya tengok ramai penjawat awam yang semua bergantung dengan hospital kerajaan. Yelah rawatan free. Tapi tahu tak, ada juga rawatan yang tak dapat kerajaan bayar fully, and yang baki pesakit/waris kena tanggung?? Haaa mesti tak tahu kan. Dahla rawatan perubatan sekarang ni mahal. So kalau kena bayar, tentu parah kewangan kita kan? Dahla tak sihat, fikir pulak pasal kewangan. Tentu bertambah sakit.

Part 3: 

Satu lagi situasi, bila anak sakit, ibubapa kena jaga mereka dekat wad, konpemla kan. Tapi kalau staf kerajaan, ada istilah cuti melebihi kelayakan. Bila staff cuti melebihi kelayakan yang sepatutnya, sah sahla kalau kena potong emolumen (gaji), kan dah tak best. Tapi alangkah bagusnya, kalau kita dibayar duit harian sebab duduk di wad. Bolehla tampung mana yang kena potong tu.

So inilah situasi yang selalu saya nampak. Tapi kalau kita buat persediaan awal, tentu kita lega sikit dan tak terasa terbeban. Kita memangla taknak jadi yang bukan-bukan tapi kalau dah takdir nak buat macam manakan. 

Erm saya nak share satu package insuran yang saya rasa sungguh menarik. Yelah kadang-kadang kita tak nampak kebaikannya, tapi bila dah di depan mata baru kita menyesal. Takkan nak tunggu macam tu kan.

AIA TAKAFUL ada menawarkan insuran + savings sekali untuk ayah, mak dan 4 orang anak serendah bayaran RM323.75. Tak perlu susah-susah nak bayar per person. Ini bayar sekaligus terus. Senang. Mudah kan..


Semua lengkap. Tak perlu pening pening kepala nak pergi hospital tunggu lama-lama. Dahla masuk wad, bil perubatan ditanggung, siap duduk di wad pun dibayar lagi. Mudah. Hanya tunjuk kad, hospital akan proceed. Kalau rasa susah, just ring je person in charge (Encik Effendy - trust agent. Cekap dia ni, mudah berurusan dengan dia) 

Nampak tak perbezaan insuran lain dengan AIA TAKAFUL? 

Dia ni agen saya. Dia tak suruh pun saya promote, tapi disebabkan kebaikan dia memudahkan urusan saya setiap kali kalau anak saya warded di hospital. Dia cekap dan mudah mesra, cakap je masalah apa, pasti dia datang bantu. Call je dia, dia akan jelaskan satu persatu.

Walaupun company suami saya provide medical card, tp tak rugi ambil lagi satu insurans sebab manalah tahu medical card company suami tu ada limit. Selalunya company ada limit untuk setiap staf. Betulkan?? Lagipun kalau ambil medical card, dapat duit harian lagi plus savings. Savings tu maksud saya ialah pelaburan. Untungkan. Dahla ada medical card tambah lagi dapat buat pelaburan untuk masa depan. Takkanla nak pencen depends on pencen/pengeluaran KWSP je.Sapa yang taknak pulangan!! Baru baru ini pun KWSP ada keluarkan peringatan pada pencarum bahawa jangan bergantung harap dengan pengeluaran KWSP sahaja. So kita kenalah cepat-cepat buat pelaburan. So bagi saya AIA TAKAFUL adalah yang terbaik.

Lagi satu, sapa yang selalu complain marah-marah kat kaunter pesakit hospital kerajaan cakap macam-macam better ambil packages insurans ni. Mana-mana hospital swasta pun dia terima. (Pst pst, hari tu anak saya kena denggi, anak kami warded kat Prince Court, bil ditanggung dan dibayar sehari RM100. Masuk dekat bahagian kecemasan, layanan terus 1st class. Alhamdulillah berkat doa, anak saya dah sembuh). 

Kalau nak tahu lebih lanjut @ details, Cepat cepat call Encik Effendy ye. Dia akan bantu anda. Dan dia akan jelaskan pada anda satu persatu. 



Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…