Skip to main content

Lasik Surgery


 Dah lama tertangguh nak update pasal lasik ni. Baru hari ini ada kesempatan nak update. Keputusan nak buat lasik ni dah lama tapi disebabkan time 2012 tu saya preggy dan lepas tu breastfeed anak, saya dinasihatkan supaya menangguhkan operation ini. Salah satu syarat untuk pembedahan lasik ini adalah tidak mengandung, tidak menyusukan anak dan tidak memakai contact lens sekurang-kurang 1 tahun. 

Apa itu lasik surgery?? Ayat mudahnya ialah sesapa yang taknak pakai dah cermin mata or contactlens, kena buat lasik surgery untuk membetulkan rabun mata tersebut. Maknanya mata kita akan dibetulkan sehingga boleh nampak jelas tanpa memakai cermin mata atau contact lens.

Dont worry, sebelum melakukan surgery ini, akan ada staf bertugas yang bagi penjelasan dan lepas tu akan diperiksa oleh 2 orang optometris (Assesment) begitu teliti sehingga 2 orang optometris yang akan check kita. Lepas tu baru doktor akan decide sama ada kite layak untuk buat lasik atau tidak. Doktor akan terangkan satu persatu procedure surgery tersebut sehinggala kita faham. Masa assesment ini kita kena bayar RM100 tau. Tapi jika kita pilih doktor yang sama dengan assesment masa surgery, RM100 tu dikira depositla. Ok kan?

Kenapa saya nak buat? Sebab dah penat dah pakai cermin mata, kos cermin mata makin mahal (hanya orang yang pakai cermin mata je tahu betapa mahalnya sebab kanta cermin mata je kengkadang mencecah RM700 sebab cari kanta yang paling nipis), rabun makin tinggi dan sampai satu tahap rimas sesangat. Rasa lenguh je kat hidung ni walaupun pakai bingkai yang ringan. Dengan anak yang suka main spec mata saya lagi (dush dah beberapa kali patah). Lagi satu kalau kita pakai selalu contact lens, boleh mengakibatkan kanta mata menjadi makin nipis. Bahaya kan?

Saya buat surgery ini di Centre Of Sight, KPJ di Petaling Jaya

Ni maps untuk ke sana.


Senarai doktor yang ada. Kita boleh pilih doktor mana yang kita nak dan tarikh apa. Saya pilih Doktor Zurina sebab saya kenal dia. Dia yang suggestkan supaya saya buat lasik surgery ni. Apa-apa nak tanya boleh telefon nombor di atas. Mereka akan menjawab semua pertanyaan anda. Doktor semua memang bagus-bagus (saya cakap macam tu sebab saya dah follow up dengan semua doctor di atas, saja pilih lain-lain doktor)


Inilah prosedur surgery tu. Mesti korang tanya kan, sakit tak masa surgery? Dont worry memang tak rasa sakit pun dan tak rasa apa-apa langsung. Tak sedar pun dia buat apa sebab awal-awal lagi, doktor dah bius dekat mata. Hanya dengar bunyi mesin laser tersebut dan ketika doktor basuh mata dengan air. Surgery pun hanya 30minit untuk kedua-dua mata. Kos?? Saya ambil yang paling rendah iaitu RM4500. Kita sendiri yang setkan tarikh bila kita free untuk melakukan surgery tersebut. Lepas 30minit tu memang kita akan nampak terang tanpa cermin mata. 1 jam lepas surgery tu, kita akan rasa nak tutup mata je sebab kesan bius akan hilang. Doctor akan nasihatkan supaya tidur, inshaAllah bangun tidur je mata kita akan bertambah terang. Nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah.

After surgery tu, dinasihatkan selama seminggu, kita kena la pakai shield ketika tidur bagi mengelakkan dari tangan kita menggosok mata. Bahaya tau. Kena pantang 1 week je. Dan selama seminggu juga, mata tak boleh kena air bagi mengelakkan jangkitan. Mudah sahaja kan. Boleh makan apa sahaja makanan, no pantang hehee (paling penting). Jangan lupa pakai ubat yang dibekalkan oleh pihak Centre Of Sight.

Lagi satu yang paling penting, warranty adalah seumur hidup selagi kita mengikut jadual follow up yang diberikan oleh mereka. Ini yang paling penting.

Ni pamplet pasal lasik surgery.


Sebelum surgery tu, dia akan bagi beg ini. Dalam beg ini diberi 3 jenis ubat, 2shield mata, spec mata hitam dan pamplet. Lepas surgery tu, rehat lebih kurang 20minit, and then boleh balik. Sebelum balik, dia akan suruh kita buat follow up dengan doktor keesokkan harinya, kalau takde apa-apa dia akan bagi next follow up seminggu selepas itu, 1 bulan, 3bulan dan sehingga setahun. Dont worry staf Centre Of Sight ni very kind and friendly. Kalau nak penerangan yang lebih lanjut, boleh call mereka ok.  Yang penting setiap kali follow up, adalah FREE. FREE ok. Sebab apa FREE sebab under warranty cuma jika dia bagi kita ubat special baru kena bayar harga ubat, tu pun tak mahal dalam RM45 sahaja. Jangan tak caye!! 

Saya dah 6 bulan hidup tanpa cermin mata, rasa betapa nikmatnya hidup dapat melihat dengan jelas. Hidup pun tak terganggu, yelah nak tengok tv, nak masak tak perlu lagi nak cari cermin mata.


Yang bestnye saya dapat voucher free RM400 (sebab lagi RM200 dah bagi kat kawan baik saya), dan saya akan pilih 2 orang daripada pembaca blog saya untuk menerima voucher tersebut. Banyak tu, boleh lepas duit assesment. Nak dapatkannya?? Mudah sahaja, share artikel mana-mana yang anda suka kat blog saya ni dekat media sosial anda (facebook, twitter, instagram) emailkan link nya di email saya sepasangkasutmerah@gmail.com untuk saya view dan daripada situ, saya akan pilih sapa yang bertuah. Cepat jangan tunggu lama-lama. Bertuahnya pembaca blog saya.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…