Nasi Kandar Line Clear

Pergi Penang, kalau tak merasa makan nasi kandar memang rasa tak sempurna . Bak kata omputih mission uncomplished. Apa lagi kami pun serbu la nasi kandar yang paling glamer di abad ini. Nasi Kandar Line Clear. Nak dijadikan cerita, kami pergi memula pukul 1545pm. Cari punya cari dengan bantuan google maps. Ingatkan restoran besar dengan signboard yang mengelip. Pusingla beberapa kali IPK Pulau Pinang kat situ. Sekali nampak orang beratur panjang. Mak oii.. tak jadi nak berhenti, so nekad nak pi waktu malam. 

Kedai dia cuma di celah lorong kecil je sebenarnya. Agaknya itulah keunikan nasi kandar line clear. Dia buka 24jam tau, so bayangkanla ke-crowded-an nye hehe..

Ni suasana pada pukul 9pm. Still ramai dan beratur. 

Suruh hubby je beratur sebab nak gi reserved tempat duduk. Nanti tak pasal-pasal kena bentang tikar lak hehehe ..

Ayam yang ready untuk digoreng. Ni pemandangan dapur dia.

Ambik kau, the only ONE in the world. Terbayang lak kenikmatannya. Padahal masa duduk Penang time belajar tu, tak terasa walau sekelumit pun nak makan nasi kandar ni.

Ni la rupanya nasi kandar yang famous amos tu. Ambil ayam seketul. Banyak pilihan lauk dia seperti udang harimau, varity daging. Amacam terasa lapar tak?? Only in Penang.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil