Pulau Pinang : Day 1 (Snake Temple, Padang Kota Lama & Night Market)

Akhirnya hajat tercapai untuk jejak ke Pulau Pinang setelah hampir 12tahun tak pergi ke sana. 

Ok, 1st sekali check in hotel. Bila sampai ke receptionist, dia bagi pamplet ni. so senangla kami nak pergi tempat-tempat yang sepatutnya dituju di Pulau Pinang. 

Pamplet ni complete dengan peta dan info mengenai sesuatu tempat yang perlu dilawati. Bagus betul tourism penang. Senang pelancong nak melawat Pulau Pinang. 

Tempat pertama yang kami pergi ialah Fu Xing Gong atau lebih dikenali sebagaiSnake Temple. Terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, kawasan perindustrian Bayan Lepas. Parking kereta kena bayar RM2. 

Inilah dia penyambut tetamu kami. Harga tiket dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3. Tapi kena tunjuk Mykad. Orang Cina percaya kalau kita usap ular ini dari kepala sampailah ke ekor dia, akan dapat tuah sehingga hujung tahun. Percaya atau tidak terpulang. Saya tak usap sebab geli lihat kulit ular yang berkilat-kilat itu.

Menumpang kasih. Tempat ni kecil sahaja. Ada beberapa jenis ular seperti ular sawa, ular orok dan lain-lain lagi (tak hafal sebab nama ular panjang-panjang belaka)

Ni la king cobra yang dinanti-nantikan itu. Kebanyakan ular sedang tidur, al maklumla dah pukul 3petang semua tengah kekenyangan. Kawasan ular ni kecil, hanya lebih kurang 15jenis ular dan binatang lain seperti iguana, ayam jantan, itik dan kura-kura. 

1st time tengok ayam jantan yang begitu besar ni. 

Hari pertama di Penang kami tidak banyak tempat yang kami pergi sebab sampai dah lewat, tempuhi jammed lagi, so anak-anak semua keletihan.
Cuma petang tu, kami sempat singgah di Padang Kota Lama.
Kebetulan ada ramai pengunjung bawa anak-anak main layang. Sempat ada yang berpiknik. 

Bangunan lama. Cantik .

Malam tu pergi Batu Ferrighi. Ya Allah, jalan jammed. Stuck hampir 1jam. Tapi dek nak rasa kemeriahan Night Market Ferrighi yang terkenal tu, terpaksala gagahkan diri menempuh jemmed.

Betapa berderetnya kereta. Fuhh ..

Macam-macam jual, dari jam, beg tangan, baju, mainan kanak-kanak dan lain-lain lagi. 

Rambang mata dibuatnya. Banyak duit musnah dekat sini hehehe..

Lagi satu banyak barang kraftangan turut dijual. Cermin yang diukir hingga ke batu hiasan semua ada. Kalau nak beli barangan cenderahati, boleh terus pergi ke sini. Dibuka setiap hari dari jam 7petang.

Sesapa tengok cerita drama korea The Heirs lakonan Lee Minho mesti tahu apa benda ni.

Syurga wanita.. dari gred A sampailah AAA. Hehe..

Sepanjang Batu Ferrighi ni memang terlalu banyak pusat spa dan manicure. Macam-macam ditawarkan sampai ada gak fish spa. Malah terdapat juga pelbagai restoran dari makanan chinese hinggala lebanese semua ada. Malangnya saya tak dapat nak ambil gambar disebabkan anak saya dah mula mengamuk nak tidur.  

Cantekkan pemandangan senja di Batu Ferrighi. Kalau nak tengok gambar yang lebih menarik, singgahla kat ig saya asha_merah

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil