Wadihana Islamic Steakhouse House, Bangi


Wadihana Islamic Steakhouse House terletak di 25 Medan Pusat 2D, 43650 Bandar Baru Bangi. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini. Kedai dia lebih kurang berhadapan dengan butik famous Fareeda, sederet dengan Butik Eksklusif Fareeda.

Beroperasi Isnin - Khamis (termasuk hari minggu) 1100am hingga 1130pm, cuma hari Jumaat beroperasi pada pukul 1530pm sehingga 1130pm.

*suasana di dalam Restoran Wadihana. Masa ni tak fullhouse maybe sebab tengah bulan. Lagipun masih awal (830malam). Gaya eksklusif ditampilkan oleh pihak restoran.

*Kaunter Restoran Wadihana. Pekerja (waiter) semua terdiri golongan Adam yang memakai baju seragam hitam dan topi. Smart.

kebanyakan restoran sekarang dah menggunakan khidmat begini. Tak perlu untuk sesi mengangkat tangan macam murid-murid yang berlumba menjawab soalan cikgu. Pilihan menu terdiri daripada appetizer, soup, salads,steak, main course, burger & sandwich, pasta, pizza dan dessert.

pilihan nachos (yummy). 

Of Course kalau steakhouse mesti ada pilihan daging begini.
 Ada ribeye,sirlion,T-bone,beef ribs dan banyak lagi. Beserta pilihan sos. Oh ya bukan setakat daging tapi ada jugak pilihan ayam,salmon,seabass (ikan),roaster chick and the list go on ....

12 pilihan pizza homemade (kulit nipis) yang dibakar di dalam ketuhar khas. Bukan macam pizzahut yang roti je dah tebal.

Untuk si kecil. Walaupun untuk menu si kecil tapi portion dia memang banyak. Kira kita (parents) leh curi sikit merasa makanan mereka.

dessert for sweettooth macam saya. Wajib dipesan.

lobster combo pun ada (menu baru). Harga lebih kurang RM63.00 ++

suami saya dengan daging ini tak perlu dipisahkan.( Medium rare )

Seafood Spagethi Aglio Olio (favourite sepanjang masa)

Strawberry Milkshake untuk anak saya

Nampak tak kerakusannya. Memang sedap.

Kami sekeluarga memang selalu makan dekat restoran ini. Dari tahun lepas lagi. Perubahan demi perubahan restoran ini buat dari segi menu. Sekarang ini memang lebih banyak pilihan. Sampai bila buka buku menu, tak tahu nak pilih yang mana sebab semua menarik. Selalui makan disini, sah sah akan habis dalam RM100++ untuk 2orang dewasa dan 1 kanak-kanak. Daripada 5 bintang, saya boleh beri 3.5. 


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil