Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Heartbreking News

"Ya Allah di hari yang mulia ini, kami memohon ampun di atas dosa dosa yang telah kami lakukan di atas muka bumiMu ini. Ampunilah kami"Another heartbreaking news this morning for our country, after  the tragedy #mh370 and now #mh17. Al fatihah to all passenger and cabin crew. May Allah grant us with patience.

Please please sister and brother, dont forget #pray for gaza. Latest news from Aqsa Syarif, terdapat pertempuran darat antara tentera Israel dan tentera Qassam di utara Gaza. Mohon doakan kekuatan iman untuk mereka berperang dengan tentera Israel. Moga pada hari yang mulia ini kita beroleh kemenangan.

Berita Hari Ini

"Umat Islam ramai tetapi seperti buih buih di lautan, berpecah belah"

Sumber : Aqsa Syarif
Menangis kan tengok gambar ni?? Kawam-kawan jangan lupa hulurkan bantuan. Tak mampu?? Gunakan powerful weapon kita, doa kan mereka peroleh kemenangan. Kuatkan iman mereka.

Bankrap Pada Usia Muda

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, ramai staf yang dapat surat insolvensi. Sampai terkeluarlah cakap :"Muda muda dah kena" geleng kepala banyak kali.Entahlah mungkin memang kena ada banyak kursus pengurusan kewangan. Or apa apa kempen mengenai pengurusan kewangan. Gosh rasanya macam dah kronik. Bila tengok sistem payroll dekat office ni dan dokumen berkaitan, muda-muda dah buat personal loan. Bukannya banyak, tapi begitu besar jumlahnya kengkadang sampai melebihi gaji. Bila tanya, dia jawab "takpe puan, saya ada side income". Eventhough ada side income sekalipun, apa kata buat pengurusan kewangan dengan teliti. Ngeri saya tengok bila ada gaji yang bakinya tinggal RM200. Di bandar besar ni, apalah yang dapat untuk duit sejumlah itu. Iye betul, gaji kita kecil, barang mahal, tapi ikutlah mana yang mampu. Mana yang penting didahulukan. Mana yang sekadar kehendak tu fikir-fikirkanlah. Beli barang dapur pun pun dah cecah RM200.Satu lagi bila kahwin kena pinjam personal…

Opss I Did It Again

Saya ni memangla suka buat benda secara rambang di website airlines, rasa gatal je jari jemari ni pasti klik klik type type, pilih pilih destinasi nak pergi bercuti. Tambahan di tempat kerja sistem tengah closing, kerja tak boleh nak buat, so apa lagi buka la semua laman web airlines yang terdapat di Malaysia (Malindo Air,Air Asia, Mas Airlines, Firefly). Atau saya selalu tengok app Skyscanner (kat situ dia akan paparkan semua jenis airlines), takpun app Expedia. Sekali tengok tengok Mas Airlines ada buat promosi. Wahh banyaknya tawaran menarik .. (feeling excited terlebih, terus mata bulat tengok skrin).Target  : 4 ORANG (2 dewasa, 1 kanak-kanak, 1 infant) tapi budget nak kurang dari RM300, tiket pergi balik.Terus laju cari destinasi kat Mas Airlines. Siap bet dengan suami lagi, kalau dapat harga bawah RM300, dia cakap terus je booking. Agak-agak dapat tak?? Finally .... yeay dapat dapat (lompat bintang). Laju je tangan pantas tekan button confirmed booking. Kawan-kawan sebelah menye…

Gaza Under Attack

DOA QUNUT NAZILAH (Untuk saudara-saudaraku di Gaza) ---please use our powerful weapon
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikanMu sebagai pendinding (kepada musuh-musuh) kami. Dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.
Wahai Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,  Kacau-bilaukan persatuan mereka.
Cerai beraikan pakatan mereka Goncangkanlah penditian mereka Dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu.
Wahai Tuhan yang Maha Gagah Perkasa Yang Maha Berani, Wahai Tuhan yang bersifat murka
Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Yang menewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka  Dan menangkan ke atas kami. 
Ameen 
(Cara membaca : setiap solat fardhu, dibaca pada rakaat terakhir selepasa bangun dari ruku' untuk 'itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk 'itidal)

Tak perlu tunggu tunggu lagi. Mudah dan senang. Mulakanlah dulu. Mereka mewakili kita umat islam di dunia ini mempertahankan…

Aquaria KLCC

Weekend hari ru, berkesempatan untuk ke Aquaria KLCC yang terletak di Menara Berkembar Petronas (KLCC). Kebetulan ada hal yang perlu diselesaikan di KLCC, so setelah selesai kami pun menuju ke sana.
Kaunter tiket bayaran. Dibuka pada pukul 10pagi termasuk hari sabtu dan ahad. Bagi pemegang Mykad dewasa adalah RM38, kanak-kanak (umur 3-12 tahun) RM28. Dengar kata staf Petronas dapat diskaun. Untunglah.
Blog kali ini akan dipenuhi dengan gambar. Sebab gambar menunjukkan 1000 keindahan. So scroll di bawah untuk melihat kehidupan laut.


Muka menggerunkan ini ialah Electric Eel.



Pihak aquaria menyediakan package untuk berenang bersama Si Dia ini. Kalau berani, boleh booking awal-awal. Ada berani ke??


Time ni Feeding time, pukul 12noon. Nampak tak Si Pari besar tu? Dia didatangkan khas dari Taiwan, diselamatkan oleh sekumpulan nelayan di situ. Sampai di Malaysia, terus tukar nama jadi 'Kursiah'.



Spotted Garden Eel. Benda ni memang kelakar. Si eel ni hanya keluar masuk dari pasir je. Bila ser…

"Dia Dah Dijamin Syurga, Doktor"

Gambar ihsan Mr Google.
Hari ini tengok gambar instagram dari seorang blogger terkenal mengenai kematian anaknya dan sekarang dia bertarung menangani kesedihan dihatinya. Bagi sesapa yang belum pernah alami, pasti sukar untuk menyelaminya. Hanya hati sensitif boleh merasai kesedihan yang dia alami dan turut menangis bersamanya.
Kematian itu dekat. Mana mungkin kita mampu melawan apa yang telah tertulis olehNya. Kunfayakun.
Kisah ini pernah saya alami satu masa dulu. Saja nak share. Manalah tahu boleh dijadikan panduan. 
Kami sebenarnya 5 beradik. Yang bongsu lelaki pada ketika itu berumur lebih kurang 2 tahun. Memang excited dapat adik lagi. Tambahan pulak lelaki, maknanya kami ada 2 bodyguard dalam keluarga. 
Mama selalu suruh saya jaga adik sementara mama nak masak or solat selepas balik sekolah sebab kakak duduk kat asrama, so saya yang paling tua. Adik pula jenis kalau tidur mesti dalam buaian dan kena berenjut (dulu tak mampu nak beli buaian elektrik, mahal. Tambahan pula ayah seorang…