Bankrap Pada Usia Muda

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, ramai staf yang dapat surat insolvensi. Sampai terkeluarlah cakap :

"Muda muda dah kena" geleng kepala banyak kali.

Entahlah mungkin memang kena ada banyak kursus pengurusan kewangan. Or apa apa kempen mengenai pengurusan kewangan. Gosh rasanya macam dah kronik. Bila tengok sistem payroll dekat office ni dan dokumen berkaitan, muda-muda dah buat personal loan. Bukannya banyak, tapi begitu besar jumlahnya kengkadang sampai melebihi gaji. Bila tanya, dia jawab "takpe puan, saya ada side income". Eventhough ada side income sekalipun, apa kata buat pengurusan kewangan dengan teliti. Ngeri saya tengok bila ada gaji yang bakinya tinggal RM200. Di bandar besar ni, apalah yang dapat untuk duit sejumlah itu. Iye betul, gaji kita kecil, barang mahal, tapi ikutlah mana yang mampu. Mana yang penting didahulukan. Mana yang sekadar kehendak tu fikir-fikirkanlah. Beli barang dapur pun pun dah cecah RM200.

Satu lagi bila kahwin kena pinjam personal loan. Adehh, kengkawan kena ingat kehidupan lepas kahwin tu lagilah penting dari membazir duit belanja time nak kahwin. Berbelanjalah mengikut kemampuan. Jadi trend sekarang ni, bila nak kahwin akan pinjam personal loan sampai berpuluh ribu, bayar sampai 10tahun (sekarang ni limit adalah 10 tahun, kalau tahun lepas 20tahun). So selama 10 tahun tu dok bayar duit kahwin. Pendapat saya, biarlah apa orang nak kata mengenai majlis perkahwinan kita, simple macam mana pun, janji saya tak terbeban dengan hutang. Bukan dorang pun yang akan tolong kita bayar pun. Mulut orang, bukan boleh kita tutup. Betul tak?? Ye kahwin memang sekali dalam seumur hidup (insha Allah, ameen), tapi berpada pada lah. Terlajak meminjam memang buruk padahnya.

Bagi saya, yang penting kita ada duit simpanan. At least sebulan pun masuk jelah RM10 pun tak pe. Sebab apa-apa yang terjadi, sekurang kurangnya ada simpanan. Saya punya habit, saya akan menyimpan duit di dalam bank yang tak akan saya kuar dan takde kat atm. So saya pilih tabung haji. Even sekarang dorang permudahkan pengeluaran duit melalui bank rakyat, maybank tapi saya tak apply pun. Sebab saya memang taknak, risau akan terguna. Dahla sah sah memang kaki shopping, so better takperlu.

Tergerak hati nak post cerita ni, sebab pagi-pagi dah ada staff call cakap dia dapat surat insolvensi (sebelum ni, dah 4 orang kena). Umur baru 22 tahun. Tanya sebab apa boleh jadi macam tu, sebab dia jadi penjamin kepada kawannya. Ni pun bahaya tau. Tolonglah jangan senang-senang nak jadi penjamin even dia kawan kita or bff sekalipun. Sebab kita tak tahu akan datang macam mana. Banyak kes macam ni. Kadangkala kes tak bayar bil telefon yang bertahun tahun tu pun, leh menyebabkan kita muflis. Hati-hati ye kawan-kawan.

Kad kredit silalah guna dengan berpada-pada. Suami saya selalu tegur bila nampak bil kad kredit saya. ( Sorry ye awak hehehe.. ). Saya pun pernah guna sampai overlimit. Bila nak bayar balik tu, alahai sakitnya. So saya akan pasangkan niat ketat ketat taknak dah guna secara berleluasa. Akan guna untuk isi minyak kereta dan purchase tiket flight je. Menyesal dulu tak berpada pada.

Tu je nak membebel hari ni. Setelah selalu berfoya foya. Sorry sebab korang penat nak membaca kali ni sebab tak ada gambar.

 Boleh belajar membeli ikut kemampuan. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil