Juara Tomyam Kampung Baru

Dulu masa kecik-kecik kalau hantar kakak kat Sekolah Puteri Wilayah selalu lalu kst depan restoran Juara Tomyam ni. Malam-malam tengok mesti penuh dengan orang ramai. Sedap ke?? Masa tu selalu pendam dalam hati nak sangat makan kat situ. Malam ni pergi terjah dengan Encik Suami. Bila sampai kat restoran, hanya ada 2 keluarga sahaja. Tengok dari review orang ramai dalam forum macam sedap je tempat ni. Tomyam sedap, seafood segarla macam-macam. So malam ni saya nak review adakah betul seperti yang diperkatakan.
Terletak di No 2, Jln Puan, Off Jalan Raja Uda. (03 26 94 4324)
Nasi untuk 3 orang. Dah lama tak nampak bekas nasi macam ni. Sungguh nostalgia, teringat arwah nenek yang sayang sangat kat bekas macam ni.

Tadaaa Tomyam Seafood untuk 2 orang. Ermmm macam sikit kan? Isi dalam dia pun sikit. Tertanya - tanya dalam hati, ke silap order cakap untuk seorang. Rasa?? Not bad. Sedap. Boleh dapat 2.5 bintang dari kami. Sedap lagi Tomyam dekat Restoran Rak thai rasanya.

Telur dadar dengan anak sulung memang takleh dipisahkan. Memang dia suka telur. Ni telur dadar untuk seorang makan.

Sayur campur untuk 2 orang makan. Kami memang ajar anak setiap hidangan mesti ada sayur. Saya cakap dengan anak saya, kalau nak kuat macam elephant kena makan sayur, sebab elephant makan sayur dan dia kuat.
Psikologi anak-anak.

Otak-otak RM0.60 sekeping. Rasa?? Bolehla..

Ni harga kat semua hidangan tu. Nampak tak? Harga teh o ais RM1.80. Dari segi rasa, saya boleh cakap 'not bad' jelah. Sebab kecewa portion tomyam dia sikit sangat. Isi sotog dan udang macam nak taknak je bagi. Agaknya saya masih tak terbiasa dengan harga makanan di Kuala Lumpur kut. Overall saya bagi 2.5 bintang daripada 5 bintang.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil