Skip to main content

"Dia Dah Dijamin Syurga, Doktor"

Gambar ihsan Mr Google.

Hari ini tengok gambar instagram dari seorang blogger terkenal mengenai kematian anaknya dan sekarang dia bertarung menangani kesedihan dihatinya. Bagi sesapa yang belum pernah alami, pasti sukar untuk menyelaminya. Hanya hati sensitif boleh merasai kesedihan yang dia alami dan turut menangis bersamanya.

Kematian itu dekat. Mana mungkin kita mampu melawan apa yang telah tertulis olehNya. Kunfayakun.

Kisah ini pernah saya alami satu masa dulu. Saja nak share. Manalah tahu boleh dijadikan panduan. 

Kami sebenarnya 5 beradik. Yang bongsu lelaki pada ketika itu berumur lebih kurang 2 tahun. Memang excited dapat adik lagi. Tambahan pulak lelaki, maknanya kami ada 2 bodyguard dalam keluarga. 

Mama selalu suruh saya jaga adik sementara mama nak masak or solat selepas balik sekolah sebab kakak duduk kat asrama, so saya yang paling tua. Adik pula jenis kalau tidur mesti dalam buaian dan kena berenjut (dulu tak mampu nak beli buaian elektrik, mahal. Tambahan pula ayah seorang sahaja yang bekerja). Bila stop buai je, pasti adik akan menangis dan bangun. Masa tu memang marah. Yelah budak balik sekolah penat dan panas, lepas tu adik buat hal lak. Mulalah membebel kat adik, biarkan dia menangis. Lepas tu marah dia, dan buai kuat-kuat. (Masa tu kan budak lagi umur baru 12 tahun, mana lah tahu effectnya. Please dont blame me!!). Masa tu anggap adik ni memang menyusahkan. Asyik nangis je.

Satu pagi, adik demam. Ayah bawakla pergi klinik tersebut (Klinik Aminah, dah takde pun wujud klinik tu sekarang kat tempat kiteorang). Check check doktor, doktor kata demam biasa je. Doktor suruh sapu Vicks sahaja. So ayah dan mama percayalah. Yelah time tu manalah tahu apa-apa lagi. Tanda-tanda ada penyakit pun tak tahu. (Parents, please gained your knowledge tentang simptom or penyakit or cara merawat bayi/kanak-kanak/dewasa, at least apa-apa terjadi pada keluaga kita, kita tahu nak buat apa).

Selang 2 3 hari macam tu, awal pagi ayah kejut kami. Ayah dan mama nak pergi hospital nak bawak adik. Masa tu gosok-gosok mata buat tak endah je. Mamai. Baru bangun tidur. Tanya kakak, 

"Along, kenapa dengan adik?"
"Mata adik naik ke atas (sawan), nampak mata putih je"

Terduduk jap kat tangga rumah. Macam tak percaya. Masing-masing tunduk. Nasib ada along kat rumah (beza kakak dengan saya 6 tahun, dia duduk kat asrama. Masa tu time cuti sekolah. Nasib ada kat rumah teman kami). Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Petang tu ayah bawak kami pergi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Ya Allah sayunya hati. Memang menangis. Banyak sangat wayar. Bahagian tengkuk ke kepala, doktor letak kotak kaca (tak tahu sebab apa). Tanya ayah, adik kenapa. Ayah cakap doktor still check sebab tak tahu punca apa. Kami merenung ke arah adik. Sepi. 

Malam tu baru doktor dapat detect rupanya adik menghidapi penyakit radang paru-paru yang kritikal. Masa tu, saya ingat ooo sakit radang paru-paru. Ok la sebab memang tak pernah dengar orang meninggal sebab penyakit tersebut. Ingatkan biasa biasa saje. Pemikiran budak 12 tahun la katakan. Agak lama adik duduk di hospital. Dekat seminggu lebih.

 Satu petang dalam kereta. Ayah tiba-tiba cakap..

"Balik rumah nanti solat dan doakan untuk adik ketika sujud ye.
Adik mungkin tak dapat hidup lama"

Masa tu Allah je yang tahu, macam terhenti jantung. Adik yang selalu saya bebel, marah tu mungkin akan kami hilang buat selamanya. Pemandangan melalui tingkap kereta menjadi seolah olah kelabu sahaja.

Petang berikutnya, kami lawat adik seperti biasa. Adik no 4 kami siap main dengan dia. Dan dia pun main sama-sama. Tengok keadaannya yang cergas tu,dalam hati terdetik. Adik dah sihat. Adik dah sihat. Allah dengar doa kami. Melonjak kegembiraan. Ada harapan. Doktor tipu ni !!! 

Rupanya kegembiraan itu tidak lama. Malam tu adik sekali lagi dimasukkan ke dalam ICU. Kritikal. Wayar penuh di badan, sampai tak nampak dah. Ya Allah. Tengok adik hanya pakai pampers je. Suasana sejuk.

"Mama, adik sejuk tu. Tak pakaikan baju ke?"

Masa tu mengalir air mata. Alat mengukur dengupan jantung tu berbunyi kuat, mengganggu. Tangan dan kaki adik lebam-lebam tanda darah di ambil. Tak kuat rasanya berdiri di situ. Nurse di situ suruh kami keluar. Yelah, mana boleh lama-lama kan. Semua menangis.

Keesokkannya, kami pergi tengok adik lagi. Tak ada perubahan. Bibir dia dah biru. Seorang doktor cina datang dekat ayah.

"Pakcik, bolehla kalau pakcik dan makcik nak bacakan apa-apa untuk dia."
(Maksudnya suruh baca surah Yassin)

Ayah jawab " dia dah dijamin syurga doktor"

Mesin dekat katil tu berbunyi ... teetttttttt panjang. Serentak itu darah keluar dari telinga, mulut, hidung (sampai sekarang saya benci mesin itu. Saya benci bunyinya.). Penuh darah mengalir di cadar katil. Doktor suruh keluar. Kami menangis berpelukan sebab tahu dah apa akan terjadi.

Tarikh 10 Jun, tepat pada pukul 410 petang dia tinggalkan kami. Tinggalkan kami sekeluarga. Tak mungkin dah akan kedengaran suara nangisnya. Rasa menyesal menyelubungi diri. Kesal sebab selalu marah dia. Kesal sebab tak jaga dia time mama suruh. Kesal sebab jarang main dengan. Kesal sebab jarang cium dia. Kesal sebab selalu elak dari jaga dia. Kesal semuanya. 

Mayat dia sampai petang tu di rumah. Rumah penuh dengan sanak saudara. Malam tu saya tidur di sebelahnya. menatap mukanya puas puas. Cium pipi dia puas puas. Darah still mrngalir lagi di hidungnya, tapi tak banyak. Saya kesat perlahan-lahan. Tenung dalam dalam. 
"Dik, taknak bangun ke? Akak janji kalau adik bangun, akak jaga adik elok-elok. Kita main sama-sama, okey"

Kaku, sepi, sejuk. 
"Adik nanti tunggu akak kat sana ye. Tolong kami sekeluarga tau masa akhirat nanti"

Bila dah besar baru mengerti sesuatu, Allah jadikan sesuatu ada sebabnya. Allah tak akan bagi sesuatu yang tak tertanggung oleh kita. Semuanya ada hikmah. Pasti Allah lebih menyayanginya lebih daripada kami sekeluarga.

Sejak kehilangannya, mama saya hampir 2 tahun tidur bertemankan selimut yang mempunyai tompokan darah adik. Baju-baju adik semua mama simpan. Baunya still bau adik. Wangi. Mama selalu sakit-sakit. Pendiam, tak cakap banyak. Saya faham bagaimana rasanya. Lepas itu, baru mama pulih sedikit demi sedikit. Barulah ayah simpan gambar gambar adik dan baju adik supaya mama tak dapat lihat lagi muka adik. 

Sejak kehilangannya, adik no 3 saya nekad nak jadi doktor. Dia cakap kalau dia jadi doktor, apa-apa yang terjadi dia dapat tahu dulu Dan senang nak refer. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan dia. Dia seorang doktor sekarang.
Akak bangga dengan kamu walaupun kamu selalu nangis bile time exam dan bila penat bekerja 24/7, mengadu tak cukup rehat, tak sempat makan. Moga Allah sentiasa membalasnya.

Sejak kehilangannya itulah, kami adik beradik semakin rapat. Semua dikongsi. Semua dicerita. Walau tak puas hati macam mana pun, semua amalkan prinsip 'malasla nak gaduh-gaduh'. Just guna konsep 'lupakan aje'. Dan terus gelak ketawa dan menangis bersama. 

Iye saya memahami bagaimana rasa kehilangan. Dan saya tahu hidup ini adalah pinjaman. Allah boleh tarik bila-bila masa. Dan saya faham, memang payah nak tutup kesedihan itu. Kena cekalkan hati, kena selalu ingat yang Allah sentiasa bersama kita. Memang akan mengambil masa yang lama untuk ubatinya.

Bila saya ada anak, betapa susahnya saya menguruskan mereka, saya tetap akan melayannya. Sebab saya takut saya akan alaminya sekali lagi. Saya tidak mampu nak tanggung. Allah hanya meminjamkan mereka pada kita.Betapa sakitnya bila kehilangan sesuatu yang amat berharga. Senakal mana pun mereka, seaktif mana pun mereka, saya cuba yang terbaik. Saya selalu ingat pesan ayah saya ..

"Anak yang susah nak jaga itulah nanti bila besar dia akan membahagiakan ibu bapanya" (ameen ameen).

Betullah apa yang dikata, kita akan hargai sesuatu bila ia sudah tiada lagi di depan mata. Pastikan setiap yang hadir dalam kehidupan kita, kita hargai kehadirannya sebab kita tidak tahu bila akan ditarik balik. Kunfayakun. Allah Maha Besar menentukan setiap perjalanan hambaNya. Setiap yang berlaku, pasti ada ganjarannya. Insha Allah.

-----maaf, entri kali ini penuh dengan tulisan. 


Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…