Skip to main content

Opss I Did It Again

Saya ni memangla suka buat benda secara rambang di website airlines, rasa gatal je jari jemari ni pasti klik klik type type, pilih pilih destinasi nak pergi bercuti. Tambahan di tempat kerja sistem tengah closing, kerja tak boleh nak buat, so apa lagi buka la semua laman web airlines yang terdapat di Malaysia (Malindo Air,Air Asia, Mas Airlines, Firefly). Atau saya selalu tengok app Skyscanner (kat situ dia akan paparkan semua jenis airlines), takpun app Expedia. Sekali tengok tengok Mas Airlines ada buat promosi. Wahh banyaknya tawaran menarik .. (feeling excited terlebih, terus mata bulat tengok skrin).

Target  : 4 ORANG (2 dewasa, 1 kanak-kanak, 1 infant) tapi budget nak kurang dari RM300, tiket pergi balik.

Terus laju cari destinasi kat Mas Airlines. Siap bet dengan suami lagi, kalau dapat harga bawah RM300, dia cakap terus je booking. Agak-agak dapat tak?? Finally .... yeay dapat dapat (lompat bintang). Laju je tangan pantas tekan button confirmed booking. 

Kawan-kawan sebelah menyebelah pun terkejut bila saya umumkan yang saya akan bercuti pada bulan Ogos ni. Bulan depan tau, bukan lagi 2 atau 3 bulan. Bukan terkejut sebab nak bercuti tapi terkejut sebab dapat tiket murah di Mas Airlines. Sebab selalu mereka dengar Air Asia je murah kan ..


Tiket ni saya dapat purchase RM294 (2 dewasa, 1 kanak-kanak, 1 infant). Bukan one way ticket ye but return ticket sekali. Waktu bertolak pun cun, tak adalah awal pagi sangat. 1100 pagi, Just nice. Maklumlah anak kecil lagi, so susah sikt kalau awal-awal pagi ni.

Pergi mana???? Aaaa tu tunggu next update ok! Mood tak sabar melanda.

 Rasa seronok pulak dapat tiket murah lagi. (Pergi Kuching hari tu pun guna Mas Airlines, dapat tiket murah, kalau beritahu mesti korang tak percaya harga yang kami dapat). 

Alhamdulillah Allah beri rezeki kepada kami sekeluarga.




Moga Allah permudahkan urusan kami. 

So sesiapa nak pergi bercuti, bolehlah try luck memasing di website Mas Airlines. Website dorang pun dah cantik. User friendly. Mudah sahaja. Dan promosi dorang pun still ada lagi. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…