Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Dialog

Kawan : Sha, betul ke staff yang bekerja di jabatan ××××× akan dapat   elaun khas?Sha : Yup betul, rasanya pembayaran akan dibayar start bulan ni.Kawan : Berapa ringgit dibayar?Sha : Takla banyak sangat. RM60.00 sebulan je.Kawan : Alhamdulillah ada juga dapat duit lebih setiap bulan.Sha : terdiam.Dialog ini buat saya terfikir. Kadangkala benda yang kita ingat kecil pada diri kita, tetapi besar maknanya pada orang lain. Kalau nak diikutkan taklah banyak sangat elaun tu tapi dengan RM60 tu dapat membahagiakan kehidupan orang lain. Alhamdulillah.Betapa seharusnya saya bersyukur terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada keluarga kami. Moga kami sentiasa berada di dalam golongan hambaMu yang bersyukur.

Langkawi : Day 2

Next day kami target nak pergi Island Hopping. Actually selain Island hopping ada lagi macam-macam aktiviti yang boleh buat di Langkawi ni. Ada packages Sunset BBQ Dinner (Rm250 per person), naik helicopter (tak silap saya ada tengok kat papan tanda, harga RM550), boleh snorkeling kat Payar Island Marine Park, Mangrove River Safari Tour, Parasailing, banana boat dan macam macam lagi. Ikut kemampuan dan kesenanangan masing masing. 
So before nak cari packages Island Hopping (di sana memang banyak company yang tawarkan pelbagai packages), tetiba Encik suami rajin audit company yang paling murah packages dan affordable. Cari punya cari di sepanjang Pantai Chenang tu, akhirnya jumpa AB Marine. Company ni tawarkan RM25 per person. Selalunya company lain tawarkan RM30 per person. Booked awal-awal. Staff tu pesan, esok jam 900pagi kena terpacak di depan opis dia, JANGAN LEWAT, JANGAN JANJI MELAYU.
Pukul 9pagi, kami berkumpul di depan opis. Sebab dia akan sediakan van untuk dibawa ke Pantai…

#KitaSama : Sajian Malaysia

Roti Canai
Mee Kolok 
Tanpa mengira warna kulit, pegangan agama, pegangan politik, tutur bahasa yang lain kita tetap sukakan sajian Malaysia yang SAMA. 
Salam Kemerdekaan

Langkawi : Day 1

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak bercuti. So inilah destinasi yang dapat tiket murah daripada Mas Airlines. 2dewasa, 2kanak-kanak=RM294 je.  Waktu bertolak hari tu jam 1140pagi dan sampai di Langkawi jam 1235tengah hari. Sampai je, Langkawi baru saje hujan reda. Alhamdulillah. Allah adalah sebaik-baik Perancang. Walaupun si kecik seorang ni meragam, penat jugakla.  Sampai je airport, orang-orang dalam business car rental menyerbu. Siap suh pilih nak kereta mana. Kami pilih Nissan Almera, 3 hari = RM150 je. Maybe bukan dalam cuti sekolah, so rate murah. Sebab adik ipar hari tu pergi masa cuti sekolah, terpaksa ambil Proton Iswara = RM70/sehari. Memang kami tak booked awal-awal, sebab dapat info di lapangan terbang ni ramai car rental akan serbu sebaik sahaja kita keluar dari balai ketibaan tu.
Tips Pertama : Destinasi budget, elakkan bercuti masa cuti sekolah kerana harga adalah double. Hotel, makanan, membeli belah. Tiket kapal terbang pun jauh lebih mahal.
Terus kami menuju ke Cabl…

Wordless Wednesday

MMA Santai Corner, Nilai @ Negeri Sembilan

Terletak betul-betul di roundabout menuju ke arah Tesco Nilai.  Alamat dia :  Jalan BBN 1/1f, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. 
Tempat ni macam 'main' untuk gerai-gerai menjual makanan. Macam pusat setempat untuk gerai-gerai makanan. Ala ala food street la. Waktu operasi pukul 6petang sampai 12tengahmalam. Jangan lak datang time lunch, memang takdela kan. Kat sini macam-macam makanan ada dijual. Ada mee udang, mee ketam, nasi gulai kawah, char keow teow, sate, western dan banyak lagi. Kalau nak tahu apa lagi yang ada, mehla singgah. 
Suasana memang meriah. Memang happening. Saya suka suasana macam ini. Best. Kat sini pun disediakan pentas untuk karaoke tau. So sesapa nak test suara pun disediakan.


Macam-macam ada. Sampai kami jalan keliling nak cari apa yang teringin nak makan. Punah diet. Padahal nekad dalam hati taknak makan malam.
Char keow teow. Terbaek... harga RM5.00
Mee udang galah RM12.00. Memang sedap dan berbaloi.
Dalam banyak-banyak sate yang saya makan sepanjang hidup, …