Langkawi : Day 2


Next day kami target nak pergi Island Hopping. Actually selain Island hopping ada lagi macam-macam aktiviti yang boleh buat di Langkawi ni. Ada packages Sunset BBQ Dinner (Rm250 per person), naik helicopter (tak silap saya ada tengok kat papan tanda, harga RM550), boleh snorkeling kat Payar Island Marine Park, Mangrove River Safari Tour, Parasailing, banana boat dan macam macam lagi. Ikut kemampuan dan kesenanangan masing masing. 

So before nak cari packages Island Hopping (di sana memang banyak company yang tawarkan pelbagai packages), tetiba Encik suami rajin audit company yang paling murah packages dan affordable. Cari punya cari di sepanjang Pantai Chenang tu, akhirnya jumpa AB Marine. Company ni tawarkan RM25 per person. Selalunya company lain tawarkan RM30 per person. Booked awal-awal. Staff tu pesan, esok jam 900pagi kena terpacak di depan opis dia, JANGAN LEWAT, JANGAN JANJI MELAYU.

Pukul 9pagi, kami berkumpul di depan opis. Sebab dia akan sediakan van untuk dibawa ke Pantai Tengah untuk menaiki boat.

Ni keadaan pondok di Pantai Tengah menunggu ketibaan boat


Ni la boat yang bakal naik. Teruja terus tengok view laut yang cantek. Island Hopping ni akan mengambil masa selama hampir 4jam atau mungkin lebih. Dinasihatkan supaya packs siap-siap makanan dan minuman sebab nanti tiada kedai yang menjual makanan, dan sediakan keperluan sampingan. Sebanyak 3 buah pulau akan kami lawati iaitu, Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Tasik Dayang Bunting.

Tips 1 : Bawa makanan dan minuman sendiri, segala keperluan yang berkaitan, pakai pakaian yang sesuai sebab nanti nak mandi. Pakai kasut/sandal/selipar yang sesuai dengan keadaan. Pakai sunblock. Wajib kalau tak sunburn. Beli waterproof case for handphone kalau agak-agak nak menyelam atau mandi.

Pit Stop 1 : Pulau Beras Basah.

Pulau Beras Basah (Beras Basah Island) ni memang terkenal dengan 'crystal clear water'. Aktiviti untuk berenang dan menyelam/snorkeling memang sesuai dilakukan. Di sini tiada toilet tau, so before pergi Island Hopping, make sure gi toilet dulu.




Lihat betapa jernihnya air laut ni, sampaikan tak nampak pun riak air.

Anak-anak asyik campak roti bagi ikan makan.

Cantikkan?? Memang cantik. Masa kami tiba, laut memang tenang. Memang cantik. So after mandi or berendam tu yang perlu susah-suaah nak tukar baju. Terus je masuk boat. Boat akan bagi kita masa almost 1jam untuk menikmati keindahan pulau ni. Lepas tu pandai-pandai sendiri untuk pergi semula dekat boat. Jangan tersalah naik boat pulak, lain jadinya nanti.

Tips 2 : Ingat pemandu boat, tag warna apa yang dorang bagi, pemandu boat dan kawan-kawan boat kita supaya tidak tersesat. Takyahla rajin-rajin nak salin pakaian kering sebab lepas ni nak terjun tasik lak. Tak perlu pun sebenarnya membawa persalinan baju, tapi untuk in case emergency, bolehla bawa.

Pit Stop 2 : Tasik Dayang Bunting

Nampak tak "perempuan mengandung" ? Cer teka mana satu.



Memang letih nak menuju ke Tasik Dayang Bunting. Tangga dia curam. Lepas tu penuh dengan monyet yang jinak

Struktur batu ni terletak di tengah-tengah perjalanan menuju ke Tasik Dayang Bunting. Kejadian berjuta juta tahun dahulu.

Kesan kejadian pergerakan bumi.



Tempat romantik untuk pasangan nak honeymoon macam pasangan ni.

Perkhidmatan paddle boat turut disediakan.



Di sini ada tandas awam dan kedai menjual jajan aka makanan ringan. So boleh makan-makan dan lepak tepi tasik. Best dan cantik pemandangannya.Sejuk je air tasik ni.

Salah seekor daripada mereka. Jangan risau dorang memang friendly.

Tips 3 : Make sure masa jalan di tepi mereka, beg tertutup rapat. Jangan pegang apa-apa makanan or minuman sebab confirm mereka ni akan minta.

Pit Stop 3 : Pulau Singa Besar

Di sini mereka akan memberhenti boat kira kira tidak jauh daripada pulau untuk menikmati pemandangan burung helang dan seagull (boleh lak lupa nama burung ni dalam bahasa melayu time menaip ni). Kalau tengok di dasar laut, akan nampak batu karang yang cantik. Memang cantik dan air memang jernih.


If you want see a video about this activities and about this amazing creature, just checkout my instagram video : asha_merah.

Memang lucky sebab time ni banyak plak Burung Helang dan Seagull ni main sambar sambar makanan di permukaan air. Anak-anak bandar macam anak saya ni, memang teruja la bila dapat tengok pemandangan macam ni. Bukan senang nak menikmati keindahan alam ni. Boat tu pula meluncur laju merapati batu batu di tengah laut yang memang cantik ukirannya disebabkan hakisan air dan udara. memang tak sempat nak ambil gambar semua. Sebab risau ade gak yang camera terjun kat tengah laut tu.
                                   (More picture will be upload soon on my instagram okay!!)

Kami selamat sampai di tempat berkumpul pagi tadi dalam lebih kurang pukul 2 petang. Fuhh memang best dan letih tapi bila dihidangkan dengan pemandangan yang menarik Boleh dikatakan Langkawi ni sesuai untuk orang yang sukakan nature seperti kami. Sesiapa yang kepala tu berserabut, rasanya bolehlah booked tiket zassss teruk pergi Langkawi. Jom la Air Asia tawarkan free seat, tak pun kalau suka drive, bolehla drive kereta ke sana. Macam-macam ada di Langkawi. Until next entry okay. XOXO


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil