Dialog Anak Kecil 5 Tahun

Tempat Kejadian : Tanah Perkuburan Masjid Tanah, Melaka

Anak : ni tempat apa ibu?

Ibu : ni kubur

Anak : kubur tu apa?

Ibu: tempat orang mati

Anak : mana? Takde pun orang mati

Ibu : orang dah mati, Allah suruh tanam dalam tanah. Dalam tanah ni ada orang mati

Anak : dorang mati sebab apa?

Ibu : sebab sakit

Anak : sakit kat mana? Sini ke? (Sambil tunjuk dekat kepala), tangan ke, kaki ke badan.

Ibu : sakit kat badan, tangan

Anak : ada darah tak?

Ibu : ada yang ada darah, ada yang tak ada darah.

Anak : dia kena tembak ke ibu?

(Haishh memang ibu tak sempat nak baca yassin macam ni kalau kena jawab soalan bertalu-talu.)

Tempat Kejadian : Di dalam Kereta Menuju Pantai Klebang, Melaka

Anak : ibu, cikgu cakap kalau Allah sayang nanti kita masuk syurga. Betul ke ibu?

Ibu : iye betul. So abang kena jadi budak baik, kena solat, dengar cakap ibu, takleh marah-marah, kena jaga adik. Kalau abang tak solat nanti masuk neraka. Neraka ada api panas, api besar tau.

Anak : ayah, ayah nak masuk syurga tak?

Ayah : mestilah nak.

Anak : tadi ayah marah abang, ayah masuk neraka la. Kalau abang nak mainan, ayah takleh marah, nanti ayah masuk neraka.

Ayah terus gelak. Bijak anak saya main pusing pusing ayat. Last sekali terkena dekat kita sendiri.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil