Dialog

Kawan : Sha, betul ke staff yang bekerja di jabatan ××××× akan dapat   elaun khas?

Sha : Yup betul, rasanya pembayaran akan dibayar start bulan ni.

Kawan : Berapa ringgit dibayar?

Sha : Takla banyak sangat. RM60.00 sebulan je.

Kawan : Alhamdulillah ada juga dapat duit lebih setiap bulan.

Sha : terdiam.

Dialog ini buat saya terfikir. Kadangkala benda yang kita ingat kecil pada diri kita, tetapi besar maknanya pada orang lain. Kalau nak diikutkan taklah banyak sangat elaun tu tapi dengan RM60 tu dapat membahagiakan kehidupan orang lain. Alhamdulillah.

Betapa seharusnya saya bersyukur terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada keluarga kami. Moga kami sentiasa berada di dalam golongan hambaMu yang bersyukur.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil