Fake Unity??

Suatu petang, kami sekeluarga pergi makan kat satu restoran steamboat dekat Bangi. Tak perlu lah nak nyatakan restoran apa. Kebetulan ada sekumpulan murid murid sekolah buat dinner kat restoran ni. Sempat tanya cikgu dia, berapa murid dalam satu kelas sebab ramai sangat. 2 kelas rupanya. Tengokla gelagat murid murid ni duduk tempat masing-masing. Semua penuh duduk depan makanan. Tetiba rasa sesuatu keganjilan (padahal takdela ganjil sangat, cuma sedih melihat situasi ini)

2kelas dari sebuah kelas, berbilang kaum melayu (majoriti), chinese dan indian. Tapi perhatikan betul-betul.

Chinese satu table (baju oren belah kanan), melayu duduk satu table dan indian pun sama (tak jelas untuk mengambil gambar). Kenapa mereka tak campur ye?



Tetiba rasa macam Wawasan 2020 yang Tun M tu rasanya mungkin tak tercapai. Walaupun mereka satu kelas, bergaul tetap ada jurang. Even waktu makan, mereka lebih selesa berada di samping kaum mereka berbanding kaum lain. 

Rasanya tak boleh lagi nak laungkan 1 Malaysia. Sebab masing ada jurang yang ketara? Kenapa saya cakap benda ni?? Sebab lately saya banyak terima whatsapps, komen fb yang bagai meniupkan api perkauman. Suruh bangkit mengalahkan kaum lain, mencemuh kaum lain, video yang dah berkurun dalam youtube dicangkul semula semata-mata untuk memperlihatkan keburukan kaum lain.

Pendapat saya, rasanya macam ada killer bomb yang boleh meletup bila-bila sahaja. Entahla, tetiba rasa sayu, sistem pendidikan kita still gagal lagi even sudah 57 tahun kita merdeka, kita still sama, maybe. Teringat time saya belajar dulu, bergaul dengan pelbagai bangsa. Share kegembiraan. Time perayaan mereka, mereka share makanan siap cakap lagi, 
"Dont worry, this food islam can eat lorh"
Anda tahu tak, penganut buddha hanya makan daging haiwan yang mati disebabkan natural causes? Tahu tak, yang orang Islam kena solat 5 waktu? Tahu tak, chinese melarang sesapa pakai pakaian warna hitam time chinese new year sebab tak ong. Tahu tak, chinese babysitter take almost 1k utk jaga baby (fuyoo, based on my ktm friend, thst why she said she cant preggy anymore because of babysitter fees. Cukup dua orang sahaja). Kalau tak tahu, better perbaiki diri. Cuba ambil tahu, tak salah pun busybody yang mendatangkan kebaikan. Malah lagi seronok dapat mengetahui adat dan budaya masing-masing. Bila kita tahu, kita akan menghormati mereka.

Taknak tulis panjang-panjang. Cuma nak cakap 
"SELAMAT HARI KEMERDEKAAN"

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil