Langkawi : Day 1

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak bercuti. So inilah destinasi yang dapat tiket murah daripada Mas Airlines. 2dewasa, 2kanak-kanak=RM294 je. 
Waktu bertolak hari tu jam 1140pagi dan sampai di Langkawi jam 1235tengah hari. Sampai je, Langkawi baru saje hujan reda. Alhamdulillah. Allah adalah sebaik-baik Perancang. Walaupun si kecik seorang ni meragam, penat jugakla. 
Sampai je airport, orang-orang dalam business car rental menyerbu. Siap suh pilih nak kereta mana. Kami pilih Nissan Almera, 3 hari = RM150 je. Maybe bukan dalam cuti sekolah, so rate murah. Sebab adik ipar hari tu pergi masa cuti sekolah, terpaksa ambil Proton Iswara = RM70/sehari. Memang kami tak booked awal-awal, sebab dapat info di lapangan terbang ni ramai car rental akan serbu sebaik sahaja kita keluar dari balai ketibaan tu.

Tips Pertama : Destinasi budget, elakkan bercuti masa cuti sekolah kerana harga adalah double. Hotel, makanan, membeli belah. Tiket kapal terbang pun jauh lebih mahal.

Terus kami menuju ke Cable Car Langkawi. Dari lapangan terbang tu, terus menuju ke Orientall Village (tempat nak naik Cable Car). Nasib tak hujan, kalau hujan lebat, perkhidmatan cable car akan tergendala. Drive kereta dari airport mengambil masa hanya 15minit sahaja.

Kawasan Orientall Village :
 
Ada perkhidmatan menaiki kuda @ kereta kuda. Dikenakan bayaran RM5 sahaja

Paddle boat pun ada. Tapi di sebabkan cuaca time tu agak panas, so tak mendapat sambutan.

Shop lot memang banyak. Daripada barangan kraftangan, baju, henna, toys, beg dan banyak lagi la.
Memang cantek brader ni lukis.

Benda ni pun ada, sebab kawasan ni memang besar. Memang sesuai guna benda ni. Fun ride ini dikenakan charge sebanyak RM17

Tourist nak tukar wang pun senang.

Cantik kan design bangunan dia. Kemas dan teratur.


Di kawasan masuk cable car ni ada cinemotion. Tapi kami tak ambil packages tersebut sebab niat dalam hati hanya nak naik cable car sahaja. Maklumla pergi time belum gaji dan baru habis raya. Kihkihkih. Kena save skit.

Antara package yang ditawarkan.

Masa kami nak naik, ternampak notis ni. Adehh tak bestnya. Tutup lak skybridge ni.


Tip 2 : Kalau bawa keluarga ramai-ramai, make sure kumpulkan Mykad or Mykid. Sebab warganegara diberi harga berbeza daripada tourist.

Tips 3 : Kalau tak mahu beratur dan sesak dengan orang ramai, elakkan daripada melawat ketika hujung minggu dan cuti sekolah. Konpem sesak, seperti yang terjadi semasa kami pergi ke Penang Hill.

Harga tiket masuk ialah:
Dewasa : RM20
Kanak-kanak : RM15
(Warganegara Malaysia)
 Lupa nak bagitahu, di sini juga ditawarkan perkhidmatan duck tours. So sesapa berminat boleh ambil packages ni di kaunter cable car. Save sikit, betul tak?


Perkhidmatan sewa binocular disediakan semasa menunggu cable car.

Masa tunggu cable car ni, disuruh beratur berbaris secara bersebelahan sebanyak 6 orang. So one by one akan masuk.

Sebelum menikmati keindahan alam, cerita sikit pasal cable car ni. Cable Car ini beroperasi seawal 10pagi -7malam. Puncak yang tertinggi adalah 709meter di atas paras laut, iaitu 2nd highest peak di Langkawi. Kecuraman menaiki cable car ini adalah 42degrees. Perkhidmatan bergantung pada keadaan cuaca.

Tips 4: Jangan datang ketika musim hujan. 

Mengambil masa selama 20minit. Mempunyai 2 stesen. Cable car akan berhenti di setiap stesen. Tapi selalunya tourist akan terus ke highset peak sebab malas nak turun daripada cable car tu. 

Dont worry kalau lapar, sebab kat highest peak ada kiosk makanan dan minuman. Toilet juga disediakan.

SubhanaAllah, cantik kan??

Ni nak pergi kat stesen yang paling tinggi. Tangga pun banyak nak kena daki.

Tips 5 : Pakai pakaian yang sesuai dan yang paling penting kasut juga hendaklah sesuai, supaya tak sakit kaki

Skybridge dalam proses renovation. Sayangnya.

Dari Jauh dah nampak Telaga Tujuh Waterfall.

Time ni memang kabus tebal. Nampak putih jek. Nak kata sejuk sangat, takdela sangat. More picture will be upload at my instagram. Check it out, k.

Next entry will be update soon.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil