Skip to main content

Melaka River Cruise


Wahhh dah lama tak update blog. Sempena bulan Ramadhan yang lepas memang tak update apa-apa sebab memang tak keluar mana-mana. Update sekadar pengkongsian derita #gazaunderattack. Jangan lupa ye kawan-kawan, sumbangan anda diperlukan. Jangan lupa powerful weapon kita, doa untuk mereka. Tak kesah walau sekecil mana sumbangan anda. 

Ok. Masuk balik topik. Sapa pernah naik Malacca River Cruise, angkat tangan!!!. Sempena raya hari tu, kami sekeluarga teringin nak naik river cruise ni. Walaupun air sungai ni dah macam air nescafe susu, tetap nak naik. Acctually memang malu pada tourist sebab menunjukkan betapa teruknya sikap kita. Di tebing sungai penuh sampah sarap. Aishh malu weii.. 

Nak naik Malacca River Cruise ada 2 pick up point. Satu dekat bandar Melaka iaitu Jalan Laksamana (2.192567,102.246632) iaitu bersebelahan dengan Muzium Maritim (ala yang tetiba nampak kapal besar warna coklat tu, tu la muziumnya). Satu lagi dekat Spice Garden Departure, Jalan Mutahir (2.207963,102.251761). 

Nak tahu 1 tricks tak, macam mana nak naik boat ni tanpa perlu bersesak? Ok, silalah naik di pick up point Spice Garden ni. Walaupun jauh sikit tapi berbaloi sebab tak perlu berebut, orang tak ramai. Kalau di Muzium tu, memang ramai. 2kali saya pergi di situ, 2 kali saya fed up nak menunggu sebab ramai sangat orang.


.
Jeti Malacca River Cruise. Sementara menunggu bot, bolehla tengok-tengok air sungai yang dah macam air nescafe tu ye. Hehee



Harga? Memang affordable. Kire bolehla nak naik. 

Kalau ada Mykad/Mykid :
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

Foreigner/pelancong asing:
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM7

Kalau nak privasi atau jenis keluarga memang ramai, boleh sewa 1 boat.

Warganegara : RM400
Bukan warganegara: RM600

Yelah manalah tahu nak buat wedding atas boat kan. Kelas gitu. Boleh booking dulu tau di talian 06 281 4322. 

Inilah kenderaan rasminya. Suami jenis dalam bidang HSE, so dia check boat. Yang tak bestnya, jaket keselamatan tidak disediakan. Rasanya tourism melaka kena perbaiki lagi. Keselamatan memang penting.

Perjalanan boat ni mengambil masa hampir 30minit menyusuri sungai Melaka dan 5 buah kampung. Termasuk Kampung Morten yang terkenal dengan binaan rumah  yang cantik. Lagi satu tips nak naik Malacca River Cruise ialah better pergi waktu malam sebab memang cantek (based review orang dekat situ). Setiap kampung ada nyalaan lampu yang berwarna warni macam light and sound dulu di bandar Melaka.

Sila enjoy tengok gambar ni ye :



Nampak tak binaan kapal tu? Itulah Muzium Maritim. Tempat pick up yang ke 2.


Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…