MMA Santai Corner, Nilai @ Negeri Sembilan


Terletak betul-betul di roundabout menuju ke arah Tesco Nilai. 
Alamat dia : 
Jalan BBN 1/1f, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. 

Tempat ni macam 'main' untuk gerai-gerai menjual makanan. Macam pusat setempat untuk gerai-gerai makanan. Ala ala food street la. Waktu operasi pukul 6petang sampai 12tengahmalam. Jangan lak datang time lunch, memang takdela kan. Kat sini macam-macam makanan ada dijual. Ada mee udang, mee ketam, nasi gulai kawah, char keow teow, sate, western dan banyak lagi. Kalau nak tahu apa lagi yang ada, mehla singgah. 

Suasana memang meriah. Memang happening. Saya suka suasana macam ini. Best. Kat sini pun disediakan pentas untuk karaoke tau. So sesapa nak test suara pun disediakan.



Macam-macam ada. Sampai kami jalan keliling nak cari apa yang teringin nak makan. Punah diet. Padahal nekad dalam hati taknak makan malam.

Char keow teow. Terbaek... harga RM5.00

Mee udang galah RM12.00. Memang sedap dan berbaloi.

Dalam banyak-banyak sate yang saya makan sepanjang hidup, saya rasa inilah sate yang paling sedap yang saya makan. Tapi harga dia mahal daripada biasa la. Tapi ok sebab saiz dia besar. Secucuk RM1.

Memang best makan kat sini. Servis pun cepat je. Tak perlu tunggu lama-lama. Dapat makanan, terus bayar. Mudahkan. 

Orang Nilai confirm dah tahu tempat ni. Dengar kata memang famous di sini. So sesapa yang duduk berdekatan Nilai seperti Bangi, Sepang dan sebagainya boleh singgah di sini. Memang berbaloi.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil