Restoran Al Zaharaa, Nilai @ Negeri Sembilan

Hari ni kami sekeluarga merayau dekat Nilai. Sesaja jalan since dekat dengan rumah. Bila dah nak dekat waktu makan malam, saya tanya anak sulung saya,

"Abang nak makan pe?"
"Nak makan nasi dengan daging" 
Dijawabnya ringkas dan padat serta tepat

Anak saya yang sulung ni memang cerewet makan, so sebelum nak makan mana-mana @ nak masak, saya kena tanya dia nak makan apa.
So fikir punye fikir, encik suami decide nak cari arabian restoran. 

Restoran Al-Zaharaa ni berdekatan dengan Inti College (taman desa melati, Nilai). Bila masuk simpang ke Inti College (belah kiri), terus sampai nampak deretan kedai di belah kanan. Restoran ni terletak di simpang belah kanan.

Jom kite belek menu yang ada :



Macam-macam jenis, jadi rambang mata. Cuma ada satu menu yang tak pernah saya dengar iaitu makluba. Tapi disebabkan anak-anak yang decide nak makan pe, so ikut jelah. 

Ini adalah menu pilihan kami :

Kabsah Lamb

Mandy Lamb

Memang jadi kewajipan, kalau pergi restoran makanan arab, confirm akan order arabian Tea (tea + mint leaves).

Harga dia sangat berpatutan (harga standard makanan arab), sedap dan kalau sesapa teringin nak try shisha, turut disediakan. Memang sedap. Cuma kat sini tak disediakan surau. So make sure kalau nak dekat-dekat azan tu, better gi solat dulu ye. Seban kat sini jauh dari kemudahan surau. 

Daripada 5 bintang, saya bagi 3.8. 

Ruang kaunter pembayaran restoran :

Ruang makan.

Sesapa yang berada berdekatan, bolehla cuba makan di restoran ini. Pasti tidak akan menyesal.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil