Restoran Tupai-tupai @ Kuala Lumpur

Lunch dekat kuala lumpur? Tapi tak tahu nak makan kat mana. Kalau anda berdekatan dengan bangunan dayabumi atau Pasar Seni (Central Market), apa kata cuba makan di Restoran Tupai-tupai yang terletak di 551, Jalan Bukit Petaling, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur. Memang berbaloi. Sebelum tu jom kite jengah persekitaran.

Pintu masuk Restoran Tupai-tupai.

Ruang makan di luar restoran. Nama ruang ni "Miang-miang keladi". Agaknya untuk pasangan bercinta kut. LOL.

Masuk kat pintu depan je, disambut oleh encik ini. Kuss semangat. Sabar jelah. Besar betul binatang ni.
 
Dont worry, ruang parking memang luas. So tak de lah pack sangat macam dekat bellamy tu.


Intai-intai makanan yang ada. Yang best nye, mereka hidangkan makanan melayu tradisional seperti sayur ubi masak lemak. Nyum nyum. Meleleh air liur ketika menulis ni. Teringat kelazatannya.

Ulam-ulaman, pelbagai lauk pauk disediakan. Bak kata memang rambang matala, sampai tak tahu nak pilih apa.

Ayam goreng special kat restoran ni.

Tempoyak, cencalok, sambal kicap.. fuhh marvellous. Setelah 6minit berlegar legar nak pilih apa, last last ni la menu pilihan kami berdua :

Ikan pari bakar. Ooh lupa plak, mereka turut menyediakan ikan bakar yang terdiri daripada ikan pari, kembung,cencaru. So dalam banyak-banyak tu, kami pilih ikan pari, sekali dia pilih ikan pari saiz besar (dalam hati, berapala dia charge harga ni)

Saya pilih sayur ubi masak lemak, pedas oiii macam masakan orang nogori, bes memang sesuai dengan tekak saya dan sambal tempoyak.

Encik suami ambil sayur ulam goreng, bendi masak asam pedas dan rendang daging. Air?? Kami pilih air kosong je. Yelah asyik air manis jek. Sekali waiter datang bawak bil. Jeng jeng jeng...

Sekali dia bagi resit ni.  Biar betul?? RM13.50 untuk 2 orang makan. Murahnye. Dahlah ikan pari tu sikit punye besar. Terkejut gakla. selalunya kalau ada ikan bakar, konpem harga RM13.50 tu untuk seorang. Memang berbaloi makan kat sini.

Sebelum balik tu, kami meronda kawasan sekitarnya

Kawasan parking di dalam restoran. Time kami datang ni dalam pukul 230petang. 

Ni kawasan belakang restoran. Ada hutan kecil, nyaman je. Dengar bunyi burung. Redup

Macam tak sangka lak, di tengah-tengah bandaraya, ada hutan hehe.

Ruang dalam restoran. Terasa macam dalam khemah majlis kahwin. Besar dan luas. 
Dari 5 bintang, saya bagi 4 bintang sebab makanan dia sedap dan murah. Yeayy. Cuba ye, jangan tak cuba.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil