Santai Petang di Pantai Klebang @ Melaka

Petang hari raya ke 2 tetiba en suami ajak pergi jalan-jalan. Dia cakap sebab tak larat nak telan banyak juadah raya, so need jalan-jalan bakar kalori. Anak pun bising suruh nak pergi taman.

Saya terus cakap,

"Jom la pergi Pantai Klebang"

Dulu time kecik-kecik pergi Pantai Klebang ni sebab nak pergi gerai jual Nasi Ayam yang memang marvellous. Sedap sangat sampai tuan punya gerai tu pun dah kenal kami. Yelah asyik muka keluarga kami jek duk menjengah order nasi ayam. Tapi sekarang dah tak ada sejak Pantai Klebang dibangunkan.

Dulu dan sekarang kat Pantai Klebang dah jauh jauh jauh sangat berbeza. Dulu dari tepi jalan dah nampak laut, gerai jual makanan, taman permainan tapi sekarang kerajaan Melaka dah tambak tanah laut tu, so memang dari jalan tak nampak dah. Dulu tahu gakla time air pasang atau air surut. Tengok ikan belacak naik ke darat. Sekarang tidak lagi. Kalau tanya saya suka atau tidak perubahan sekarang, just cakap sekarang gerai nasi ayam tu dah takde, so tak best (boleh lak tu reason saya hahaha).

Sekarang Pantai Klebang terkenal dengan Coconut Milk Shake, walaupun saya rasa biasa-biasa sahaja. Sedap lagi kut Coconut Milk Shake kat Bangi ni. Hehe...

So apa boleh buat kat Pantai Klebang?

Boleh suruh anak pergi horse riding. Satu kepala RM15. Bawak jalan-jalan adalah dalam lebih kurang 5minit kut. Sekejap sangat. Maybe kos nak jaga kuda ni memang mahal.

Ada playground untuk anak-anak. 

Deretan kedai yang jual Coconut Milk Shake, rojak, mee rebus, kacang rebus dan banyak lagi. Nampak tak deretan bas tu? Tu bukan driver bas parking untuk pergi makan tapi untuk pengunjung menikmati kelainan suasana makan di dalam bas. Unik kan? Dah macam kat USA (macamla pernah pergi negara omputih tu. Tengok kat asiafoodchannel okey). Kalau malam-malam, bas tu dihias indah dengan lampu kerlip kerlip Aidilfitri.

Banyak pilihan tapi rasa biasa-biasa sahaja.

Boleh tunjuk skill main layang-layang. Kat sini juga ramai yang jual layang-layang dan permainan kanak-kanak. Memang setiap hujung minggu, keadaan di sini memang meriah. Penuh dengan keluarga yang membawa anak-anak beriadah.

So Pantai Klebang ni boleh jadi destinasi perkelahan pada hujung minggu. Kalau nak main air pun boleh, sebab ada beting pasir dibuat lalu membentuk kolam kecil. (Aiseyyy lupa lagi nak ambil). So orang Melaka, bolehla bawak anak-anak bermain di sini untuk hujung minggu. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil