Skip to main content

Tulisan Malam Hari

Dah seminggu asyik fikir benda yang sama. Dah seminggu gak rasanya macam hati dah tak boleh tahan. Kadangkala tertanya gak dalam hati,

"Ke aku ni tak reti bersyukur"
"Ke terlalu banyak sangat berfikir"
"Ke tak dapat kepuasan apa yang dicari dan diimpikan"

Post ni hanya sekadar bebelan. Hati tengah rasa tak best. Cakap kat suami,

"Saya rasa saya ni tak sesuai la kerja dengan gomen. Rasa tak best sebab kurang seronok kerja"

Suami terus tanya,

"Kenapa?"

Dan saya terus cakap tanpa bertapis lagi

"Tetiba rasa tak seronok kerja. Kenaikan gaji sama je every year. Prestasi bagus ke, selalu siap kerja ikut due date sama je kenaikan gaji dengan orang yang selalu mendatangkan masalah. Bayangkan saya on time datang kerja, kenaikan gaji dan bonus gomen sama dengan orang yang selalu datang lewat dan hilangkan diri. "

Suami terus gelak.

"Orang lain kebanyakan berlumba lumba nak masuk gomen sebab kerja lebih relax sikit berbanding swasta. Balik on time, tak perlu risau sangat kpi. Awak terbalik lak"

Saya terus mencelah,

"Agaknya saya lebih sukakan saingan kut. Suka dinilai mengikut prestasi masing-masing dan diberi bonus mengikut nilai kerja"

Suami pandang muka saya yang tak puas hati.

"Nak terima ke tawaran Sony tu? Cuba tengok pukul 7petang pun masih ramai lagi tak balik. Awak nak macam tu ke?"

Dan saya hanya mengeluh. Honestly, saya dah kekurangan motivasi nak pergi kerja. Semuanya rasa tak best. Macam-macam fikir. Hari-hari buka jobstreet nak cari kerja baru. Tapi betul ke apa yang saya buat ni??? Kalau kerja swasta balik, risau pulak nanti balik lewat, anak lewat ambil haishhh dalam dilema.

Maybe ada yang tak setuju dengan apa yang saya tulis ni, tapi this is just my opinion je. Saya tulis apa yang saya rasa. Tapi en suami cakap, yang penting keberkatan rezeki tersebut. Saya dah jalankan tugas sebaik baiknya, moga Allah beri nikmat keberkatan rezeki itu. Ameen.

Nampak gayanya impian saya masih tertangguh lagi. Makin jauhla impian nak dapat kereta idaman tu. Haishh ...  (ada ke patut nak cari kerja lain sebab nak dapatkan kereta tu).

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…