Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Saya Suka Menulis

" Writing is its own reward" - Henry Miller


Glory Beach Resort @ Port Dickson

Alhamdulillah dah sampai pun ke destinasi yang dituju. Kami sekeluarga ikut jalan dalam maknanya without tol la, ikut jalan Bukit Pelanduk. 45 minit sahaja dah sampai di Bandar Lukut dari Nilai.
Glory Beach Resort ni terletak bersebelahan dengan hotel The Lexis dan The Grand Lexis. Awal awal dah ada signboard besar tulis Glory Beach Resort, 3km dari Bandar Lukut.
Main entrance.
Masa nak check in. Dapat 3 Complimentary breakfast sebab pilih 2 bedroom apartment. Kalau pilih 3 bedroom apartment pihak hotel akan sediakan 5 complimentary breakfast. Untungkan?? Memang untung .. 
Karah Cafe. Di sini lah kami breakfast nanti. Berhadapan dengan pool.
Master bedroom with 2 single bed. Bilik ini disediakan aircond.
Single room. Ada disediakan kipas.
Living room with aircond. Sorry gambar gelap, pencahayaan tak cukup kihkih.
Ok ni gambar cantik sikit.
Balkoni menghadap tepi pantai, oklah. Tapi sesapa ada anak kecil, tolong perhatikan anak-anak ketika di balkoni sebab tak berapa nak mesra kanak-kanak.
Canti…

Teaser : Glory Beach Resort @ Port Dickson

Weekend ini kami sekeluarga akan menginap di Glory Beach Resort sempena Family Day Unit kami di office. Nak buat BBQ katanya. Cari punya cari rasanya Glory Beach Resort macam bersesuaian dengan budget kami. Kalau nak tahu lebih lanjut klik pada link di bawah ini :
www.glorybeachresort.comGlory Beach Resort menawarkan 2 jenis apartment iaitu 2 bedroom apartment dan 3 bedroom apartment. Kami menempah 2 bedroom apartment. Meh kita tengok dulu gambar yang terdapat di laman web hotel ni
Tengok macam best. Siap cakap ada 16 channel astro, but sorry nama pun bercuti, so bukannya nak menghadap TV kan. 
Luas kan .. 
Cantek cantek.
Tak sabar rasanya. Tunggu tau, more updated will coming soon..

Dialog Anak dan Ayah

Anak : "Ayah, andai saya dah berusaha tapi saya tak berjaya capai cita-cita saya suatu hari nanti macam mana? Mesti ayah kecewa "
Anak tunduk sayu merenung muka ayahnya.. Risau risau nanti ayah marah sebab keputusan exam tidak memuaskan hati.
Ayah : " Tak mengapa, tak berjaya kerja bagus takpe. Tak berjaya jadi orang kaya pun takpe. Yang penting anak ayah berjaya jadi anak yang soleh sampai bila-bila. Itulah kejayaan sebenar untuk ayah dan ibu. Anak soleh boleh bawa kami ke syurga. Sedangkan anak kerja best tapi tak soleh, buat Allah murka hanya heret kami ke neraka"
Sambil menepuk nepuk bahu anaknya. Menenangkan hati anaknya yang kerisauan.
p/s : sometimes kita sebagai parents terlampau high expectation untuk anak-anak, takut takut anak 'jatuh terduduk'
Teringat Ustaz Rizal di office saya bercerita yang dia disuruh menjadi imam untuk solat hajat di sekolah untuk peperiksaan SPM, ketika berdoa dia membaca doa ini
" jika kejayaan anak kami membawa mereka ke a…

Bawak Luggage Kecil???

Kalau kami sekeluarga balik kampung or bercuti, mesti ahli keluarga saya pelik."Beg kecik je?"
"Muat ke?"
"Eh berapa hari pergi bercuti?"
"Ko biar benar, bawak 1 beg kecik ni aje"Selalu kami dapat soalan soalan macam tu. Yup luggage saya memang kecik. Walaupun kecil tapi muat untuk sumbat baju kami 4 beranak termasuk pampers anak kami.Meh saya nak share 1 tips cara melipat baju :

Selalunya saya akan menggulung baju baju kami, kalau tudung pun saya gulung gak hehehe.. (cari tudung yang tak perlu iron), nama pun travel/bercuti so mudahkan apa yang patut. Pampers anak saya jadikan base pada beg. 
Harap dapat membantu ..

Me Time For Mummy

Kisah semalam di paper The Sun. Baca artikel ni. Yup true. Indeed. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kengkadang or kalau boleh everyday mesti ada masa untuk isteri/mommy buat benda yang dia suka or lebih tepat lagi duduk sorang-sorang tanpa gangguan. 
Tak kisahla aktiviti apa yang kita nak buat, tonton tv, baca buku, duduk menghadap suratkhabar or duduk dalam bilik air lama lama sebab telek muka or kengkadang sesaje duduk minum air teh tanpa memikirkan apa apa. Betul kan???  Sebab kita ni bekerja, balik rumah kena uruskan suami dan anak-anak. Eh bukan wanita bekerja je, housewife pun perlu. Setuju??
Kalau paling best every month buat aktiviti sorang-sorang or jumpa kengkawan. Tengok movie,ochestra, or do whatever you want to do. Macam saya, saya akan pergi jog sengsorang di taman atau gi spa/salon. Tu pun dah rasa lega dan noleh recharge battery. So mommy mommy diluar, u need spend some quite time for recharge battery. Para suami harap memahami hehehe..

Buku " Ibu, Kuingin Tahu"

Pernah tak anak tanya : "Ibu, Allah ada kat mana?", "Ibu, kenapa Allah suruh kita solat", "Ibu, kenapa kita tak nampak Allah?" Sebagai ibu bapa mesti kita nak jawab soalan itu dengan betul supaya anak tak tersalah anggap atau tidak memahami. Baru baru ni ramai ibubapa review pasal buku ini. So saya pun belilah melalui kakak saya. Buku ini bukan setakat untuk ibubapa, tapi saya rasa cikgu di pra sekolah harus memiliki sebab sah sah anak murid akan bertanya.
Harga RM26.00 (Telaga Biru)
Sekarang tengah membaca lagi, tapi illustrasi di dalam memang menarik. Colourful pages. Menarik bukan??
Yang bestnya, dia menulis tips mengikut tahap umur kanak-kanak. So senang nak refer. Kita pun enjoy nak baca sebab yang paling penting mudah difahami. Buku ini akan menerangkan satu persatu cara menjawab soalan anak, bagaimana nak menerangkan kepada anak tentang solat, umur berapa sesuai untuk mengajar anak mengenal Allah. Cepat cepat grab ye. Tak rugi pun!! Sebab ibubapa adalah…

Lunch Makan Apa Ye?

Sempena En Suami balik daripada offshore, so hujung minggu ni nak bagi dia surprise. Surprise?? Takdela surprise sangat. Disebabkan En Suami suka makan nasi arab, so saya pun teringin nak masak nasi arab. Disebabkan saya ni bukanlah pro bab bab memasak ni, so saya dapatkan rencah Nasi Arab Ayam Al Bayt ni. Ada macam-macam jenis, ada ayam dan kambing. Ada gak untuk nasi kabshah. Tapi nak dijadikan senang dan cepat saya ambil Nasi Ayam Mandy. Dalam kotak ni dah disediakan beras dan rempah untuk 4-5 orang makan. Cuma nak kena beli tomato, lemon, timun, daun ketumbar, bawang putih, bawang besar dan cili hijau. Oh jangan lupa our star, ayam 1 ekor.
Cara cara memasak semua ditunjukkan di belakang kotak ni. Cuma saya not 100% ikut, saya tokok tambah mana yang dirasakan perlu.
Ni sos dia. Memang sedap.
Nama dia salad arab. Saya tambahkan sedikit perahan lemon untuk menyedapkan lagi. Lepas tu kedua dua saya letakkan ke dalam peti sejuk, baru umppph..
Tadaaa.. Memang sedap. Mudah dan cepat. Ambil ma…

Nota Untuk Ingatan

Marriage:
A Good Advice Marriage is a school where you get the certificate before you start. A school where you will never graduate. A school without a break or a free period. A school where no one is allowed to drop out. A school which you will have to attend every day of your life. A school where there is no sick leave or holidays. A school founded by the Almighty:
    1. On the foundation of love,
    2. The walls made of trust,
    3. The door made of acceptance,
    4. The windows made of understanding.
    5. The furniture made of blessings.
    6. The roof made of faith. Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal. Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.Remember this school is the safest place to be. Never go to sleep before completing your assignments for the day. Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal. If you find something in your classmate…

Tea time : Homemade Capati

Saya memang jenis tak berapa gemar nak makan kat restoran mamak. Kalau teringin nak makan roti canai, mesti akan cari dekat kedai melayu. Entahla tekak tak berapa nak terima since preggy anak no 2. Sekali sekala oklah kut.Petang weken macam ni, tetiba lak terasa nak makan capati tapi kedai melayu kat depan rumah ni tutupla plak. Sedih. Dammm kalau tidak sah sah dapat makan dengan kari kambing dia. Kenapala tak buka time cuti ni.
So gigihla start enjin kereta cari bahan untuk buat capati ni. Mudah je nak buat capati ni, rajin dengan tak rajin je.Bahan-bahan :2 cawan tepung atar
1 cawan air suam (penting untuk jadikan capati lembut)
2 sudu minyak masak (Kan dah kata mudah sangat ...)Cara membuat :1. Masukkan 2 cawan tepung atar ke dalam mangkuk uli. Buat pulau di tengah-tengahnya.2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit kat tengah tengah pulau tadi. Dan uli selama 3 - 4 minit. Uli sehingga lembut dan sebati tau. Time ni saya main agak agak je.3. Lepas tu masukkan 2 sudu minyak masak tad…

Cabaran Part 1

Ok dah start cuti sekolah. Yeayy jalan lengang. Mesti ramai yang berpusu balik kampung or berholiday dengan family masing. Apa kata weekend ni kita buat cabaran untuk diri sendiri. Ok let go ... Cabaran Pertama : Apa kata weekend ni letak smartphone jauh-jauh. No facebook, no instagram, no any other media sosial. Just do what u should do. 2 days without smartphone. Ok?? (Just ok if nak reply whatsapp yang penting sahaja). No upload/download anything in your media social. Lets do it Quote Of The Day : Nobody Is Too Busy. It's Just Matter Of Priorities

Restoran Seafood @ Pantai Bagan Lalang

Hari Jumaat tu teringin sangat nak makan kat restoran seafood yang mana kita boleh pilih ikan, sotong, ketam yang fresh fresh. So balik daripada kerja terus sampaikan hajat pada Encik Suami. Encik Suami tanpa membantah terus tanya "Nak makan dekat mana?" dan saya terus membalas, "Jom pergi Pantai Bagan Lalang? Sana banyak restoran seafood. Jauh tak?"
So kami terus drive ke Pantai Bagan Lalang, Sepang. Perjalanan mengambil masa selama 1jam dari Bangi. Gigihla mencari makanan. Sampai simpang Pantai Bagan Lalang tu terus belok ke kanan untuk mencari Restoran Terapung HM Sri Bagan Sdn Bhd. Restoran ini terletak di hujung jalan. Dengar kata restoran ni memang best dan harga yang ditawarkan memang berpatutan. 
Kawasan memang luas. Tapi ramai gak customer tempah meja dan order melalui phone sebelum datang. Mesti penuh kalau lambat ni.
Semasa menanti hidangan, mereka sediakan kerepek kentang ni dan air kosong for free. Honestly, kerepek ni memang sedap. Rangup. Rasa nak j…