Buku " Ibu, Kuingin Tahu"


Pernah tak anak tanya : "Ibu, Allah ada kat mana?", "Ibu, kenapa Allah suruh kita solat", "Ibu, kenapa kita tak nampak Allah?"
Sebagai ibu bapa mesti kita nak jawab soalan itu dengan betul supaya anak tak tersalah anggap atau tidak memahami.
Baru baru ni ramai ibubapa review pasal buku ini. So saya pun belilah melalui kakak saya. Buku ini bukan setakat untuk ibubapa, tapi saya rasa cikgu di pra sekolah harus memiliki sebab sah sah anak murid akan bertanya.

Harga RM26.00 (Telaga Biru)

Sekarang tengah membaca lagi, tapi illustrasi di dalam memang menarik. Colourful pages. Menarik bukan??

Yang bestnya, dia menulis tips mengikut tahap umur kanak-kanak. So senang nak refer. Kita pun enjoy nak baca sebab yang paling penting mudah difahami. Buku ini akan menerangkan satu persatu cara menjawab soalan anak, bagaimana nak menerangkan kepada anak tentang solat, umur berapa sesuai untuk mengajar anak mengenal Allah. Cepat cepat grab ye. Tak rugi pun!! Sebab ibubapa adalah guru terbaek untuk anak anak.

Di dalam dunia yang serba teknologi ini, pendapat saya, sebelum nak ajar anak, ibubapa haruslah belajar dan menuntut ilmu. Sebab anak anak sekarang lebih banyak pendedahan maka lebih banyak cabaran. 

Source : google

Pesanan : Bukan anak yang control tv/gadget,  tapi ibubapa yang akan control program apa yang sesuai. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil