Skip to main content

Day 3 : Langkawi

Sebelum pulang, kami jalan-jalan sekitar Langkawi. Aliran trafik yang tenang memang best. Maybe sebab bukan cuti sekolah. Kami pergi ke monumen yang menjadi kemegahan penduduk Langkawi iaitu Dataran Lang. Hari sabtu memang penuh. Nak cari tempat parking pun susah. Dataran Lang ini terletak berdekatan tempat orang nak belayar menggunakan cruise dan yacht. Di situ juga terdapat kompleks membeli belah, tapi kami tak terjah sebab takut tergoda. Beg dah la penuh ni.

Dataran Lang : 
Dirasmikan oleh Tun Mahathir bin Mohamad pada 23 Oktober 1996. 
Ramai pengunjung time kami pergi, sume pakat ambil gambar di monumen ini.

Penginapan : 

Kami menginap di Chenang Rest House, RM70/per night. Oklah. Sebab kami pilih Pantai Chenang sebab di sana meriah sikit. Lagipun dekat dengan Lapangan Terbang Langkawi, tak sampai pun 1km. So kira pilihan yang bijakla. Di Chenang ada 2 mall dan salah satunya Duty Free Zone. So kira setempat. Kami tak perlu nak keluar jauh-jauh untuk beli coklat hehe..

Perkhidmatan sewa motor dan kereta. Tapi kat sini mahal sikit, better ambil direct perkhidmatan sewa kereta di airport

Jual buku terpakai pun ada.

 Sepanjang pantai Chenang ni ada banyak barangan di jual. Daripada baju, kraftangan, beg pakaian, beg wanita, peralatan snorkeling sehinggala kepada perkhidmatan Massage pun ada. 

Restoran memang banyak, terutama restoran arab/turkish/iranian. Restoran seafood, malay, thai semua ada. Kalau pergi pantai, sah sahla nak merasa makanan seafood kan.
 Memang senanglah nak cari makan. Cuma harga dia agak mahal. Memang mahal. So kami banyak beli makanan di streetfood. Kata destinasi budget, so kami berbelanja mengikut budgetla.

Kedai barangan branded pun ada.

Unik kan kedai ni??



 Telaga seafood.

Kat sini coconut shake memang popular. Lagi satu kalau datang ke Pantai Chenang jangan lupa singgah makan di Laksa Power dan Laksa Ikan Sekoq. Memang best. Tak dapat nak tunjuk gambar, sebab camera ada problem time ni. Memang kecewa. Tapi memang sedap dan bebaloi. Harga RM5.50.

So, until next time Langkawi. Kami akan datang semula hehe..

Tips 1 : cari tempat penginapan yang mudah untuk access ke mana-mana. Kira nak shopping pun dekat (perempuan kalau pergi trip, konpem ada la sikit nak shopping), makanan pun senang cari. Kira senang nak ke mana-mana.

Tips 2 : restoran ni Pantai Chenang memang banyak. Make sure Halal dan Toyyiban. Walaupun restoran iran/turkish/arab, tak semestinya dorang Islam. So better careful.

Tips 3 : Cari penginapan kalau boleh betul-betul tepi pantai, sebab boleh tengok sunset. Memang cantek. Yelah bercuti di pantai, kenalah ada acara wajib. Acara wajib kami tengok sunset sambil minum coconut shake dan makan rojak buah. Gambar sunset boleh tengok di instagram saya ,

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…