Skip to main content

Felda Residence HotSpring Sg Klah @ Sungkai, Perak

Cuti Merdeka 3 hari, so saya suggest nak pergi Felda Residence HotSpring Sg Klah yang terletak di Sungkai, Perak. Cadangnya nak pergi balik hari sebab hanya 2 jam sahaja drive dari Kuala Lumpur. Tetiba adik-beradik semua nak buat BBQ so kakak saya pun terus tempah homestay yang berdekatan di situ. Cadangan pun last minit so semua bilik di Felda Residence dah penuh. Maka kami sewa homestay je, semalam RM250. Oklah, not bad harga dia.

Tips 1 : Nak pergi ke sana melalui Lebuhraya Utara-Selatan, exit Sungkai/Trolak. After tol Sungkai/Trolak belok kiri. Jangan drive laju, nampak signboard FELDA RESIDENCE SG KLAH/HOMESTAY SG KLAH, belok kiri. Dari signboard tu nak sampai ke destinasi ialah 7km

Masuk jalan kelapa sawit tau. Jangan ingat sesat pulak. Lepas tu kita akan melalui perkampungan Felda. Sepanjang jalan ada signboard, dont worry. Takkan sesat punye. Drive je sampaila nampak papan tanda ini.

Jangan belok kanan lak, jalan terus je.

Waktu Operasi :
Kalau boleh datang awal tau sebab kalau lewat nanti panjang pulak nak beratur dan makin jauhla perking kereta.

Harga tiket :

Lokasi:


Tidak dibenarkan bawa masuk makanan sebab kat dalam ni ada banyak gerai makanan disediakan. 


Aktiviti yang boleh dilakukan di sini :

Nak tahu kenapa saya suh datang awal, salah satunya sebab nak pergi ke Hotspring tu kena naik tram. So kalau jenis tak boleh sabar beratur panjang seperti saya, harusla datang awal, ok !

Naik tram ni sekejap je. Dalam 3minit dah sampai dah kat pintu masuk Hotspring.

Entrance je dah ada food court. Time ni still tak buka lagi. 

Hijau je pemandangan. Best best



sesapa nak belajar menembak, dipersilakan. 20bullet = RM10 sahaja.

di taman ini ada 4 kolam yang berlainan suhu air panas. Iaitu 30 - 35 celcius, 40 - 43 celcius, 45 - 50 celcius dan yang paling panas boleh nampak riak air macam time boiling air kat heater. Boleh pilih mengikut ketahanan badan. Saya boleh sehingga 40 - 43 celcius. Itu pun dah merah merah kaki dan badan pun berpeluh. Anak saya berendam di kolam 30 - 35 celcius. Seronok mereka mandi.

di laluan ini dialirkan air panas yang 40 - 43 celcius. Kaki rasa best sambil pijak di batu batu ini.

ini kolam untuk suhu 40 - 43 celcius tu. Nampak tak warna hijau itu? Itu adalah lumut. Menurut instructor di situ, dia suruh lumut tu disapu di bahagian kaki dan badan. Dia cakap bagus untuk sesiapa yang menghidapi sakit kulit.


Relax je pakcik ni rendam kaki, padahal 43celcius - 50 celcius. Tabik spring!!

Ada kolam panas yang memang 100celcius untuk merebus telur. Kalau nak merebus, telur boleh dibeli di gerai di depan kolam ini.
6 biji telur = RM5 
1 bowl = RM0.20
1 spoon = RM0.20
Kicap/soya sauce = RM0.10
Jumlah yang perlu dibayar = RM5.50 (dah macam buat penyelesaian matematik pra sekolah)

Ada disediakan info untuk berapa masa yang perlu diambil untuk masak half cooked egg, 3/4 cooked dan full. So sila baca untuk mendapatkan telur feveret anda.

Inilah gaya merebus telur. Hati-hati ye sebab air ini memang panas. Pastikan ingat bakul mana anda punye. Nanti silap silap boleh gaduh sebab salah ambil bakul. Hehe

Gerai jual telur.



Masa ni tak ramai orang pun tapi bila dah pukul 930 pagi tu, siap kena beratur kat sini. Hanya disediakan 4 bakul untuk masak telur.

My favourite. Nyums nyum nomnomnom


Setelah penat merebus telur, ni la masanya anak-anak meloncat kegirangan. Sebab di hujung kawasan ada disediakan kolam untuk mandi. Ni air sejuk okay, takde dah hotspring.


Nampak kan keterujaan yang ada. Jangan kata budak, orang dewasa pun teruja.


Ada changing room. So tak perlu risau. Toilet pun ada. Tak perlu bayar. Bersih.
Depan kolam ni ade gerai yang jual makanan, pakaian dan minuman. Jangan lupa dapatkan nasi lemak bungkus yang berharga RM3 tau. Memang sedap.

Cuaca pun dah panas, jom makan aiskrim. Yang bestnya kedai ini terletak ni kolam terapi. Aiskrim sume homemade. Sedap. Tak perlu lagi nak makan aiskrim magnum. 

Tips 2 : Datang awal pagi dan anda boleh lakukan aktiviti tanpa perlu bersesak. Siap boleh duduk di pangkin yang disediakan.

Tips 3 : Jangan lupa dapatkan aiskrim homemade di kolam terapi. Rugi kalau lepaskannya. Ada 2 pilihan sama ada makan menggunakan kon atau roti. Harga RM 1.50 sahaja. 

Tips 4 : Make sure anda mandi di kolam yang ada slide dulu baru makan telur or lepas tu baru berendam kat kolam air panas. Baru badan terasa selesa.

Malam tu kami sekeluarga buat BBQ di homestay. Homestay tu memang dekat dengan Hotspring, naik kereta 6minit sahaja. Homestay terletak di rumah pegawai Felda. Kalau nak sewa boleh contact Cikgu Md Isa di talian 019 554 4466. Rumah teres dengan 3 bilik tidur. 2bilik lengkap dengan aircond. Rumah dengan ruang tamu yang luas, siap ada alatan BBQ lagi. Memang berbaloi.



Tradisi keluarga kami, bila berkumpul confirm ada acara BBQ. Memang best !!

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…