Glory Beach Resort @ Port Dickson


Alhamdulillah dah sampai pun ke destinasi yang dituju. Kami sekeluarga ikut jalan dalam maknanya without tol la, ikut jalan Bukit Pelanduk. 45 minit sahaja dah sampai di Bandar Lukut dari Nilai.

Glory Beach Resort ni terletak bersebelahan dengan hotel The Lexis dan The Grand Lexis. Awal awal dah ada signboard besar tulis Glory Beach Resort, 3km dari Bandar Lukut.

Main entrance.

Masa nak check in. Dapat 3 Complimentary breakfast sebab pilih 2 bedroom apartment. Kalau pilih 3 bedroom apartment pihak hotel akan sediakan 5 complimentary breakfast. Untungkan?? Memang untung .. 

Karah Cafe. Di sini lah kami breakfast nanti. Berhadapan dengan pool.

Master bedroom with 2 single bed. Bilik ini disediakan aircond.

Single room. Ada disediakan kipas.

Living room with aircond. Sorry gambar gelap, pencahayaan tak cukup kihkih.

Ok ni gambar cantik sikit.

Balkoni menghadap tepi pantai, oklah. Tapi sesapa ada anak kecil, tolong perhatikan anak-anak ketika di balkoni sebab tak berapa nak mesra kanak-kanak.

Cantikkan?? 

Toilet checked.. clean !!

Ni dapur dia. Pintu tu beranda yang menghadap ke koridor luar bilik. Tempat nak sidai baju. 

Pool untuk kanak-kanak, siap ada slide lagi. Syurga budak-budak

Pool untuk orang dewasa.

Pantai yang terletak di belakang hotel. Dekat. Mudah nak mandi manda or bermain di tepi pantai. Takyah nak jalan jauh-jauh.

Ni lot untuk sesapa pengunjung yang nak buat bbq. Pihak hotel akan sediakan bahan bakar siap tolong nyalakan api lagi dan set bbq. Memang tiada alasan untuk katakan tidak pada bbq. Cuma kena bayar RM100.

Inilah hasilnya pada malam itu.

Memang penuhla perut dengan makanan. Opss pihak hotel tak provide makanan tau, tu kami bawak daripada rumah.

Ni full gambar tepi pantai.

Disediakan program turtle feeding setiap pukul 11pagi. Boleh tanya kat receptionist. Kami tak sempat nak tanya disebabkan kesuntukan masa, maklumlah ada orang rushing balik kena kerja.

Haaaa nampak kan siapa tu?? Yusry dan Lisa Surihani pun pernah menginap di sini.

Keseluruhan hotel ini adalah pilihan yang terbaek untuk sesapa keluarga yang mempunyai bilangan family yang ramai. Dengan harga yang affordable. So budget takdela lari sangat kan.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil