Lunch Makan Apa Ye?

Sempena En Suami balik daripada offshore, so hujung minggu ni nak bagi dia surprise. Surprise?? Takdela surprise sangat. Disebabkan En Suami suka makan nasi arab, so saya pun teringin nak masak nasi arab. Disebabkan saya ni bukanlah pro bab bab memasak ni, so saya dapatkan rencah Nasi Arab Ayam Al Bayt ni.

Ada macam-macam jenis, ada ayam dan kambing. Ada gak untuk nasi kabshah. Tapi nak dijadikan senang dan cepat saya ambil Nasi Ayam Mandy. Dalam kotak ni dah disediakan beras dan rempah untuk 4-5 orang makan. Cuma nak kena beli tomato, lemon, timun, daun ketumbar, bawang putih, bawang besar dan cili hijau. Oh jangan lupa our star, ayam 1 ekor.

Cara cara memasak semua ditunjukkan di belakang kotak ni. Cuma saya not 100% ikut, saya tokok tambah mana yang dirasakan perlu.

Ni sos dia. Memang sedap.

Nama dia salad arab. Saya tambahkan sedikit perahan lemon untuk menyedapkan lagi. Lepas tu kedua dua saya letakkan ke dalam peti sejuk, baru umppph..

Tadaaa.. Memang sedap. Mudah dan cepat. Ambil masa 1jam jek.
So dapatkan kotak Nasi Arab Al Bayt berdekatan rumah anda. Memang tak rugi. Rasa?? Sebijik macam kat Al Rawsha. Chewaahh. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil