Macam Mana Saya Boleh Selalu Pergi Bercuti ?


Ada beberapa kawan saya tanya, macam mana saya boleh selalu bercuti dan dapat tiket murah. So kali ni saya akan share apa yang saya selalu buat untuk pergi bercuti. 
                                               
1. Saya akan daftar semua airlines company. Tujuan utama supaya dapat updates jika terdapat tawaran yang menarik.

2. Kalau nak tahu pasal tiket murah airlines, saya selalu bukak laman web skyscanner or expedia. Kalau smartphone boleh download app kedua-duanya. So kita boleh pilih atau bandingkan harga. Ini bagi destinasi yang memerlukan untuk kita booked tiket. Lagi satu, minggu ni kan ada MATTA FAIR so apa lagi, sila datang dan grab. Memang berbaloi kalau ambil packages yang ditawarkan mereka.Lagi satu macam AirAsia sekarang kan tengah wat promo. Jom tengok website dia :

http://ashamerah.readthisstory.net/my-709196-5692     <---- klik link ini

(psst psst kalau kite booking ticket + hotel lagi murah berbanding kita hanya purchase ticket)

3. Masa booked flight, jangan pilih seat. Dont worry sebab ia takkan separatedkan anda dan pasangan sebab ia akan autosign. Rugi kalau pilih seat. Hehhehe.

4. Selalunya saya akan aim tempat yang saya nak pergi. Contohnya macam trip ke Kuching. Saya akan google tempat-tempat yang perlu dilawati dan tempat makan yang mana famous untuk local food. So walaupun short trip, bila ada tempat yang kita fokuskan, senang kita nak manage masa. (yup saya memang orang yang jenis teratur dan ikut masa).

5. Untuk istilah "destinasi budget" perkara utama, elakkan daripada booked tempat pelancongan pada school holiday sebab overpriced nanti. Faham-faham jelah kan. Semua orang tahu. Kalau tempat jauh, maybe boleh pergi time cuti sekolah. Tapi kalau setakat 2 hari 1 malam, boleh elakkan.

6. Macam mana nak manage anak? Ada setengah orang selalu cakap susah nak bawa anak kalau nak bercuti, sebab macam-macam hal. Bagi saya kalau bercuti tak bawa anak, tak best la plak. Benda pertama kena kuat mental. Setkan dalam kepala "brings kids is more fun". Sebab saya pernah berbual dengan kawan saya, yang dia jarang bawa anak dia bercuti sebab dia tak larat nak jaga anak dia. Rasanya semua orang akan mengalami keadaan itu especially masa anak berumur 1-3 tahun, tengah lincah. Tapi saya gigihkan juga bawa, sebab bawa anak ke tempat bercuti adalah satu proses pembelajaran. Kita masa kecil-kecil dulu pun, kalau ayah mak bawa berjalan confirm melonjak kegembiraan walaupun tempat bercuti takdela jauh sangat. Kalau encik suami saya lagi bagus konsep dia " biar je dorang berlari main jatuh... nanti senang nak tidur. Bila dah penat, dorang akan berhenti sendiri".Yang pasti kalau niat kita untuk menggembirakan hati anak, Insha Allah Allah akan permudahkan urusan kita.

7. Setiap destinasi yang saya nak pergi, saya akan setkan perbelanjaannya. Setkan satu jumlah. Tak boleh lebih. Kalau memana boleh kurang, dikurangkan. Contohnya masa pergi Langkawi, perbelanjaan kami :
Rest House : RM140 3D2N
Sewa kereta : RM150 3D (ni kalau nak ambil kereta murah lagi pun boleh)
Makan/Minum : RM100
Island Hopping : RM65
Cable Car : RM55
Coklat : RM100
Flight Ticket : RM294
(Tolak tambah lebih kurang RM900)


Perbelanjaan untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Saya tak shopping sangat, sesapa yang nak shoppping, boleh bawak extra money. So masa nak pergi ni memang kami dah budget duit yang perlu dikeluarkan.
Ni trip Langkawi, kalau trip ke Cameron hari tu taklah semahal ni. Yang penting kita tahu nak uruskan kewangan kita. Kalau jenis kaki bercuti, make sure balik bercuti jangan sengkek ye.


8. Bercuti sebenarnya tak perlulah jauh jauh if anak ramai or budget tak berapa nak ada. Bagi saya 2 hari 1 malam pun dah ok. Macam pergi Hotspring tempoh hari, pergi balik pun kita dah boleh puaskan hati anak-anak dan merehatkan minda. Macam saya duduk di Kuala Lumpur, tempat yang dekat untuk dibawa berjalan adalah seperti Kuala Selangor, Temerloh (deerland,pekan sehari), Kuala Gandah dan banyak lagi lah. So pilihan di tangan anda
.

Will be continued ... 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil