Restoran Seafood @ Pantai Bagan Lalang


Hari Jumaat tu teringin sangat nak makan kat restoran seafood yang mana kita boleh pilih ikan, sotong, ketam yang fresh fresh. So balik daripada kerja terus sampaikan hajat pada Encik Suami. Encik Suami tanpa membantah terus tanya "Nak makan dekat mana?" dan saya terus membalas, "Jom pergi Pantai Bagan Lalang? Sana banyak restoran seafood. Jauh tak?"

So kami terus drive ke Pantai Bagan Lalang, Sepang. Perjalanan mengambil masa selama 1jam dari Bangi. Gigihla mencari makanan. Sampai simpang Pantai Bagan Lalang tu terus belok ke kanan untuk mencari Restoran Terapung HM Sri Bagan Sdn Bhd. Restoran ini terletak di hujung jalan. Dengar kata restoran ni memang best dan harga yang ditawarkan memang berpatutan. 

Kawasan memang luas. Tapi ramai gak customer tempah meja dan order melalui phone sebelum datang. Mesti penuh kalau lambat ni.

Semasa menanti hidangan, mereka sediakan kerepek kentang ni dan air kosong for free. Honestly, kerepek ni memang sedap. Rangup. Rasa nak je suruh mereka top up kan pinggan hahaha.

Ok masa untuk hunting makanan. Untuk pilihan ikan bakar ada ikan bayan, siakap, senangin, jenahak, pari, kembung dan banyak lagi.

Kami pilih ikan bayan. Nak tahu mana ikan bayan. Ikan yang warna paling cantik ada biru dan merah tu.

Ada lala dan pepahat. Disebabkan saya tak pernah makan pepahat, Encik Suami pun pilih pepahat.

Sotong.

Ketam.

Udang.

Servis restoran ni memang cepat, rasanya dalam 15minit dah sampai dah makanan kami. Bagus betul, dahla perut tengah lapar. Memang sesuai.

Ikan Bayan Bakar 
(fuhhhh betapa nikmatnya makan ikan yang fresh macam ni)

Pepahat Goreng Cili.
First time makan, dan first time terus jatuh cinta. Sedap giler.. giler pun tak macam ni hahha

Favourite suami, Sotong Goreng Tepung. 
3 ekor sotong. 300gram = RM15

Kangkung Goreng Belacan.

Dish seterusnya Cendawan Goreng dan telur dadar untuk anak sulung.
Dan tak lupa makanan ruji nasi putih untuk 3 orang makan. Air tembikai dan Teh O Ais. Semua sekali harga ialah RM100.25.

Bot baru sampai dari tengah laut. Tengah asingkan hasil tangkapan untuk diserahkan pada restoran. Ni baru betul segar. Lupa nak cakap, restoran ni betul-betul terletak di tepi pantai, so nampakla bot bot nelayan pulang dari mencari rezeki.

Dari jauh Sepang Gold Coast.

Restoran ini beroperasi daripada pukul 6petang - 1pagi. Kalau nak buat tempahan boleh call no ini : 03 3141 2895.
Memang berbaloi dan sedap. Daripada 5 bintang, saya bagi 4.5. Sebab sedap sangat.

Alamat :
Pantai Perkhemahan Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek
Selangor.

Bila sampai hujung simpang ke Pantai Bagan Lalang, kalau ke kiri pergi Sepanh Gold Coast, restoran ni belah kanan. Drive sampai hujung jalan. Nanti akan nampak signboard seperti gambar mula-mula tadi. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil