Skip to main content

Belajar Dan Terus Belajar.

Hari tu tengok program Nona. Dah lama kut tak tengok Nona ni, sebab jenis tak berapa gemar tengok program macam tu. Tapi hari tu tetiba rasa nak tengok jek, terus tekan remote 103.

Eh eh tajuk macam kena jek.
"Pasangan yang hidup berjauhan akibat kerjaya". So terus terasa diri ini bukan keseorangan ececehceh .. 

Ralit tengok mendengar keluhan dan pendapat mereka sambil mengangguk anggukkan kepala. Fokus tengok dorang bercakap sambil berkata di dalam hati, rupanya ramai orang macamku.

Acctually betullah cakap mereka, bila berjauhan ni banyak benda kita belajar.

Pembelajaran 1 :

Berdikari.
Yup, indeed. Memang bila berjauhan ni saya banyak belajar berdikari tanpa mengharapkan sesiapa pun. Meskipun keluarga saya dan mertua tidaklah jauh tapi seboleh bolehnya saya memang tidak mahu menyusahkan mereka. Kalau dulu tak pandai nak pergi workshop kereta sendiri, sekarang dah berani. Dulu takut sebab risau kalau kena tipu, tapi sekarang dah pandai bab kereta ni. Dulu tak pandai tukar lampu kat rumah, sekarang terer dah. Siap tahu jenis apa, bukan setakat lampu rumah, paip air pun dah pandai betulkan. Ceh puji diri sendiri, padahal orang lain tahu je. Tu bagi diri saya lah. Pencapaian yang membanggakan.

Pembelajaran 2 :

Hubungan Makin Rapat

Tak dapat dinafikan. Sebab terasa setiap detik tu begitu berharga sampai sanggup tolak benda lain asalkan dapat bersama dengan dia. Takdelah saya cakap kalau bukan hubungan jarak jauh, maknanya tak akan rapat. Saya cuma nak bagitahu apa yang saya rasa. Sekali sekala jumpa, rasa macam berdating lak. Tu yang saya rasa lah.

Pembelajaran 3 :

Kena buat keputusan sendiri dengan tepat.

Ni memang kena. Sebab dia tak ada di samping kita, dan kadangkala susah nak hubungi so kalau terjadi apa-apa, saya terpaksa buat keputusan sendiri. Dan ambil risiko setiap keputusan yang dibuat. Dulu, saya selalu bergantung dengan dia. Apa-apa semua tanya dia, tapi disebabkan beberapa situasi saya terpaksa buat keputusan walaupun tinggi risikonya.

Pembelajaran 4 :

Belajar bergantung pada DIA

Ini pembelajaran paling penting. Makin dekatkan diri saya padaNya. Mengadu padaNya. Ni apa yang saya rasa. Ada hikmah disebalik yang terjadi. Moga terus istiqamah. Ameen

Cuma saya still rasa satu trauma apabila satu kejadian ini. Pernah pukul 2pagi, anak sulung saya demam panas, kuku kaki dan tangan biru. Bibir dah pucat, muka pun. Memang panik. Nasib masa tu boleh berfikir. Terus bawa dia masuk bilik air, lapkan badan. Dukung kedua dua anak hingga ke parking kereta. Ya Allah, masa tu ntah macam mana ada tenaga dukung kedua dua anak.  Berfikir sama ada nak bawa pergi hospital ke or call ambulans. Last sekali terus pecut kereta pergi hospital. Yup serius time tu rasa panik. Sebab memang risau kalau lambat akan jadi apa-apa pada anak. After kejadian tu, memang selalu doa minta elakkan kejadian macam tu berulang.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…