Belajar Untuk 'Appreciate' Orang Sekeliling

Kekadang kita tidak sedar orang sekeliling kita adalah amat penting. Tanpa mereka tentu tugasan harian kita akan terbantut atau terganggu. Betul tak?

Cleaner kat opis kita, tanpa mereka sah sah toilet bau tak seharum febreze, sampah penuh dalam bakul. Walaupun peranan mereka dalam kehidupan kita kecil, tanpa mereka terganggu jugak seharian hidup. So bila jumpa just bolehla berbual kosong atau sekadar membalas senyuman. 

Saya selalu di sapa oleh pengawal keselamatan apabila tiba di office. Walaupun saya tak kenal dia, dan dia of course tak kenal saya tapi memang hari-hari dia akan memberi salam kepada sesapa yang lalu di hadapan dia. Banyak pahala pakcik ni. Pernah seminggu saya tidak hadir ke office, terus disapa "lama tak nampak puan".. . Mungkin satu hari nanti kalau terjadi apa-apa dekat saya, dia akan menolong saya. 

Setiap hari saya akan ditegur oleh auntie yang jaga parking ktmb.
"Morning adik, sudah makan?"
"Blom lagi la auntie, awal lagi. Tak sempat nak minum"
Kadangkala bila saya dah lama tak parking kat situ.
"Lama cuti adik, tak sihat ke?"
"Takla auntie, sebab tak naik tren. Bawak kereta"
Saya hargai dia sebab dia tolong jagakan kereta saya. Nasib ada dia, kalau tidak takut juga gelap kat kawasan parking. Pencahayaan malap di kawasan itu. Happy Deepavali auntie. 

Cikgu taska anak saya, memang hargai dia. Tanpa dia, memang susah. Susah saya nak manage time nak pergi kerja. Taska beroperasi start 630pagi, tapi sanggup bangun awal dan prepare siap-siap masak. Pukul 6pagi dah duduk kat depan pintu, lepas tu no extra charge. Jenis tidak berkira. Siap bantu saya di kala saya tak boleh cuti disebabkan tuntutan kerja dan anak pula demam. Every hour bagi update news. Memang terharu dengan kebaikan dia. Balik kerja, ambil anak dah wangi, cantik dan kemas. Memang banyak terhutang budi pada dia. Tanpa dia memang susah saya nak uruskan tugas seharian. Disebabkan kebaikan dia, saya rasa malu, so sebelum hantar anak siap saya mandikan dorang supaya dia tak susah dan kelam kabut nak mandikan anak saya. Saya taknak ganggu tugas dia waktu pagi tu.

Kawan-kawan? Tak kiralah rapat atau tidak, hargai kehadiran mereka. Walaupun tak sependapat, suatu hari nanti pasti akan jadi akan sekepala dalam hal hal tertentu. Tanpa dorang, tak indah hidup ini.

Dalam seharian kita, kita akan jumpa pelbagai ragam manusia. Ada yang suka ada yang tidak. Saya ingat pesan ayah saya "biarlah orang buat jahat dengan kita, kita balas semula dengan kebaikan. InshaAllah satu hari nanti pasti dia akan mendatangkan kebaikan kepada kita".

Cuba hargai orang yang hadir dalam hidup mereka sebab kalau tidak kerana mereka, kita tak dapat belajar mengenai kehidupan. Penting atau tidak peranan mereka kepada kita, just hargai kehadiran mereka. Tak suruh nak bagi hadiah, cukuplah doakan kebahagian dan supaya Allah permudahkan urusan mereka.


Tetiba hari ni macam terasa nak hargai setiap orang. Smile .. 

(p/s : terharu bila bos bagi note dekat staf dia ni)


Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil