Skip to main content

Hari Raya Aidiladha @ Putrajaya & Melaka

Raya Aidiladha korang macam mana??  Plan nya kami bertiga nak terbang ke Kuantan nak jumpa Encik Suami di sana. Dapat ticket murah MAS lagi. One way 3 orang dapat RM160 tetapi last minit ada emergency so burnedla tiket tu. En Suami terus drive balik Kuala Lumpur. Sesungguhnya Allah itu sebaik baik Perancang. Ye tak??

Pagi Aidiladha terus drive pergi Putrajaya rumah Mak Mertua sebab nak bagi anak merasa pengalaman tengok orang sembelih lembu. Surau Al Manar Presint 14 korbankan 5 ekor lembu. Keluarga In Laws tahun ni sambut Aidiladha di Putrajaya dan melakukan ibadat korban di Putrajaya. For the 1st time ever sebab selalunya dorang sah sah akan balik kampung. So pagi tu after solat Aidiladha di taman perumahan kami, kami sekeluarga pergi tengok orang sembelih lembu.

Masa pergi tu dorang dah siap tumbang 2 ekor lembu.

Cara melapah lembu.

Nampak tak?? Meriah!! ramai yang datang.

Dah macam penjual daging.

Tugas lelaki agihkan agihan daging lembu.


Perempuan sudah siap sedia beraksi untuk memasak. Yang bestnya mereka akan siapkan makan tengah hari dengan daging korban tersebut. Nasi briyani, gulai kawah 2 jenis, sup daging, daging masak kicap dan sambal cili. Memang best.



Gulai kawah ni paling saya ingat sebab sedap sangat. Manalah tak sedap, mak mertua punya hasil tangan. Sedap gilerrrlahh. Untung dapat mak mertua pandai masak. Kenalah menantu dia yang sorang ni menuntut ilmu hehe.

After dah kenyang tu, kami sekeluarga bergegas balik ke Melaka pulak. Keluarga saya plan buat BBQ. Arggghh BBQ dengan kami memang takleh dipisahkan hahahha... acctually kami suke aktiviti tu sebab mengeratkan kami adik beradik,ipar duai dan anak saudara. Budget ramai je orang, padahal kami 4 beradik jek.

Suasana kampung kami. Dah macam ada mini zoo kat sebelah rumah.

Masuk dapur je.. jenggggg .... 

Signature dish mama : otak lembu masak lemak cili padi. Ni kalau kami nak makan, hanya di kampung jek sebab ayah cakap otak lembu kat kampung murah. RM5 sahaja. Kalau nak makan benda pelik-pelik di kampung je kami dapat merasa. Segala isi lembu semua ada, sebab arwah nenek memang selalu masak bahagian lembu ni seperti tembusu,perut dan banyak lagi la. Sinonim dah dengan kami. Dulu saya suka lah makanan ni, tapi bila tengok orang post mortem dulu, jadi kureng sikit hehehe sebab still terbayang bayang. 

Ikan keli masak sambal. Favourite adik. Mama memang tak lupa masak masakan ni kalau adik ada.

Sup tulang.

Rendang daging.

Tengok.. macam mana la nasi tak tambah-tambah, lauk cenggini sedap fuhhh takde maknanya nak kontrol makan kalau balik kampung.

So petang tu aktiviti adalah bersukan. Ye selepas melantak makanan dengan banyak, so kena bersukan ye. So takdelah feel guilty sangat.  Selalunya kami buat perlawanan badminton, tapi petang ni pakcik aka adik bongsu, dia ajak main bola dengan anak sedara, last last pakcik tak cukup stamina hahahhahahaha.. Anak sedara yang menang.

Readyy ...

So ini makanan pagi raya. Air tangan mama memang tak ada siapa tandingi. Yelah kalau mak masak sah sah sedap ye tak??

Lewat petang tu bermulalah aktiviti BBQ. Selalunya abang ipar yang akan jadi ketua ..

Daging kambing.

Ayam dan sotong.


So inilah aktiviti kami sekeluarga. Dari Putrajaya sampailah ke Melaka. Walaupun sekejap tapi bermakna. Yelah bile dah besar, masing-masing sibuk bekerja, nak jumpa pun susah walaupun takdelah jauh sangat. Kalau nak bergossip ke, nak main lawan game ke time macam nie lah yang akan kami lakukan

Pesanan (kehilangan arwah makngah masih terasa) : Hargailah keluarga anda sebab anda tidak tahu bila Allah mahu menjemput. Semalam kita berjumpa, mungkin esok tiada lagi.

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…