Skip to main content

Kisah Lucu Time Zaman Sekolah

Kalau tanya kenangan mana yang tak boleh lupa, mesti kebanyakan akan jawab zaman sekolah. Betul tak?? Biasalah masa masih sekolah selalu cakap " cepatlah besar, bila kerja ada duit sendiri, best" dan bila zaman dah tua ni mesti cakap "bestnye kalau dapat semula zaman sekolah" . Biasalah tu ..

Zaman sekolah saya, saya memang budak yang tak boleh duduk diam, kirenya paling nakal lah dan selalu buat hal. Pening kut ayah dan mama asyik membebel, sekali terkenan kat anak, giliran saya pulak membebel kat anak.

Ok nak cerita satu cerita lucu time sekolah. Tak silap time ni darjah 5. Nak dijadikan cerita, memang tak suke kat budak pompuan sorang ni. Gedik lebih (macamlah diri ni tak gedik .,) so kire nak main mainkan dialah. Zaman tu kan mana ada phone bimbit, so guna phone rumah. Call rumah dia, menyamar suara lelaki. Nak tahu macam mana suara leh jadi lelaki.. Aaaa ambil cawan lepas tu cakap dekat sebelah cawan, so suara akan bergema. Betul tak? So bila cakap suh dia jangan gedik lah .. yang kelakarnya, budak tu percaya bulat-bulat. Esoknya sampai sekolah, dia cerita kat kami (saya + sorang bff). Terpaksa cover gelak. Sampai satu hari time tu dah nak cuti raya, so bff saya ni kekonon baik sangat pergilah minta maaf kat budak gedik tu, cerita semua plan kami.  Adusss bocor semua cerita. Memang dia marahlah time tu. Tapi saya buat muka selamba. Ingatkan tamat kat situ je.

Malam tu tengah tengah golek atas katil, ayah sound suh turun bawah. Masa tu tengah blur, apasallah ayah suh turun. Mengantuk pulak tu. Sekali tu rupanya mak budak gedik tu call, sound direct kat ayah suh jaga anak bebaik, siap nak datang rumah nak lecture saya. Cakap anak dia takut nak keluar rumah lah disebabkan benda tu, menangis tiap malam lah. Malam tu saya memang menangislah sebab kena marah teruk siap kena rotan buluh lagi. Dalam hati siap cakap " siaplah kau esok, akan ku basuh basuh esok".

Memang terus declare war dengan dia. Dan terus saya kena tukar sekolah hantar balik kampung. Hahahhaha .. kalau ingat time sekarang ni macam lawak je sebab macam mana lah boleh terfikir nak buat macam tu. Sekarang bila jumpa dia kat kawasan perumahan memang kejadian ni akan dicerita  berulang ulang. Gelak jek. Sekarang dah baik ok.


Tak termasuk lagi kisah fly kat sekolah asrama, outing selamba keluar dengan pak guard yang dah kamcing dengan geng 8 kiteorang (miss old days), skip kelas siap minta izin cikgu jangan buat kelas petang, hahaha. Komplot dengan budak chinese untuk dapat markah elok time exam. Macam macam lagilah. Kalau nak disenaraikan aishh tak larat korang nak baca.

(p/s : rindu kat korang. Tetiba teringat semua benda yang kita buat bersama especially geng 8 masa kat Penang.)

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…