Ramai Sakit Mental

Hari tu ada terbaca pasal satu artikel ni. Tak silap kat akhbar kosmo yang menteri kesihatan menganggarkan ramai pesakit mental terdiri daripada kanak-kanak. Klik di sini . Peningkatan memang membimbangkan. Kenapa jadi begitu??

Nowaday kita boleh lihat sekeliling, playschool dan tadika tumbuh bagai cendawan. Seawal umur 3 tahun dah start belajar sains. Agaknya dulu kita belajar sains umur berapa ye? Kalau nak anak pandai, bolehlah hantar tadika yang lebih mahal yang menawarkan subjek subjek yang relevan.

Saya taknak komen apa-apa. Just nak cerita satu perbualan saya dengan seorang rakan saya di office.

A : "Akak dah hantar anak akak sekolah since dia umur dia 2 tahun lagi. Biar hantar awal-awal supaya cepat pandai"

Saya : "Oh ye ke. Belajar apa, sampai pukul berapa kak?"

A : "Sampai akak balik kerja. Malam pulak dia ada kelas agama. Weekend hantar tuisyen belajar mandarin dan english. Akak bab bab belajar ni tak ada kompromi. Biar dia pandai lebih daripada orang lain"

Saya terkejut. Maybe orang lain dah hantar kut anak dia umur macam ni. Mungkin saya yang kena kejutan budaya.

Hari tu mak mertua cerita dekat saya.

" Tak hantar abang dengan adik sekolah ke?"

"Tak, sebab ayah dia cakap tak perlu lagi"

" Anak A pagi hantar sekolah. Tengah hari dia ambil. Lepas makan tengah hari ada cikgu datang rumah, malam pulak mengaji. Entah bila masa budak tu tidur, mak pun tak tahu."

Nampaknya macam saya ketinggalan zaman lak, sebab tak hantar anak pergi sekolah awal-awal.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil