Restoran Jemari @ Plaza Paragon Point, Bangi

Rasanya saya tak pernah update pasal restoran masakan ala thai. Kali ni saya dah jumpa yang terbaek, sah sah la kat bangi. Restoran Jemari dekat kompleks perniagaan baru, Plaza Paragon Bangi.

Restoran dia kemas, bersih dan simple. 

Deko pun tak banyak. So tak berserabut. Nice place. Saya suka, saya suka yeayy.. 

Budak sorang ni dah lapar, tu yang ter interframe tu. Dia start nak mengamuk nak makan hehe

Tengok tengok pelbagai kerabu, double yeayy

Antara menu yang ada di restoran ni. Acctually banyak pilihan. Rambang mata nak pilih . 

Susah sangat nak pilih, so kiteorang ambil set meal B. Habis cerita. 

1st sekali sampai of course la nasi kan .

Sayur kailan. Tak kedekut, siap ada daging sekali. Banyak pulak tu. Rasa?? Sedap tau. Memang kena pada selera.

Ayam cili kering. Sesuai untuk anak. Ada rasa manis manis pedas sikit.

Kerabu mangga. Sedap tau. Kena cuba

Ni barulah tom yam thai. Sedap yang penting, tak kedekut. Penuh dengan ayam,sotong dan udang.

Our star (clap clap clap ...) ikan siakap.

Kesimpulannya memang sedap. Harus cuba tau. Mesti tak rugi. Mesti nak datang lagi. Mesti teringat ingat. Daripada 5 bintang, kami bagi 4. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil