Selamat Tinggal Mak Ngah

(Work in hospital everyday, seeing many deaths and dying patient make feel something a hole inside my heart but when happen someone in my relatives, it hurt so much.)

Dia Makngah saya
Makngah yang pandai masak,
Semua anak sedara berderet menunggu hidangan,
Betullah cakap orang, dengan masakan dapat mengikat kasih sayang.

Dia Makngah saya
Yang bila berkata, lembut suaranya
Masih teringat kata-kata akhirnya
"Semua anak anak sedara makngah sayang makngah"
Walaupun sakit di dalam, senyum tetap ada

Dia Makngah saya
Makngah dengan bunga memang tak boleh pisah
Penuh laman rumah, cantik susun atur
Bila tengok bunga, pasti ingat makngah

Dia Makngah saya,
Yang selalu ada untuk kami
Yang selalu bercerita dengan kami
Yang selalu menenangkan kami
Yang selalu bertanya "kamu semua nak makan apa?"
Mungkin lepas ni akan pasti merinduimu
Pasti ...

Dan dia makngah saya
Allah lebih sayangkan dia berbanding kami.
Walaupun kami sayang tapi DIA terlebih lebih sayang

(p/s : kawan-kawan tolong doakan moga arwah WIRDA BINTI HASSAN dicucuri rahmat dan semoga tenang di sana. Ameen)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil