Tea Time : Churros


Hari tu ada nampak stall jual churros kat Pasar Seni aka Central Market (setengah orang tak kenal pasar seni, bila cakap Central Market baru tahu. Al maklumlah sekolah omputih hehe), tapi tak sempat nak beli sebab kejar masa. So petang hari tu hujan turun dengan renyai, terfikirlah nak buat churros. Rupanya senang sangat nak buatnya. Barang- barang yang diperlukan :

1. Tepung Gandum
2. Gula perang / gula putih 
3. Marjerin/mentega 
4. Esen vanilla (takde pun takpe)
5. Telur 1 biji
6. Coklat (untuk buat dip)
7. Air masak
8. Garam

Tak banyak ok barang dia. Rasanya kat setiap rumah pasti ada benda benda ni. 

Cara-cara membuat :

Sukatan : 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu gula perang/putih
1 sudu teh garam.

Didihkan air, masukkam mentega/marjerin, gula perang/putih dan garam. Larutkan sampai sebati. Kecilkan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Lepas tu padamkan api, gaul sampai tepung sebati. Masukkan telur dan gaul sehingga sebati. Letakkan sedikit esen vanilla. Lepas tu uli tepung sampai dapat bentuk bulat (kira sebati dah tu).

Gaul dengan senduk sebab panas.

Bila dah sebati, dapatkan alat seperti gambar di bawah. Boleh gak gunakan piping beg, dan dapatkan bentuk corak bintang. Alat ni saya beli dekat Jaya Grocer dengan harga RM 8.99. Sebab rasanya lebih praktikal dari guna piping beg. Rasa kedai jual benda baking konpem ada benda ni.

Time untuk menebak di kuali. Get ready agen 007 akan beraksi hihihi..

Pastikan minyak betul betul panas untuk dapat hasil yang rangup

Bila dah nampak warna kekuningan bolehla angkat. Nampak tak bentuk dia. Panjang or pendek churros anda bergantung pada anda. Saya gunakan corak bintang yg saiz kecil sebab nak suruh anak-anak senang nak pegang.


Untuk dip, saya gunakan teknik double boil coklat masakan dan bubuh sedikit susu coklat nak bagi dia rasa lelemak. Untuk dip ni anda boleh pilih sama ada nak dip coklat, atau tabur gula caster or buat butterscoth. Terpulang pada anda.Petang ni saya terlebih rajin sebab nak bagi anak-anak makan so saya buat dip coklat. Kalau malas saya tabur gula caster je hehe..

Tadaaaaaaa... nyum nyum nomnomnom

Selamat mencuba. Resipi simple sah sah la daripada saya sebab jenis tak suka masak remeh remeh hehe . (Cakap jelah tak pandai masak ye tak)

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil