Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Its it true??

Its it true?? 
Im try hard to understand people who around me. Sometimes i feel like im a lamp/rainbow/candle when world become darker. Why i said like that?? Cause people will always come to me and talk when they are had a problem and the worse things that im so good solving people problem and make them feel comfortable. :)))

Makan makan kat El Fresco @ Jaya Grocer

Quick Updates no 3. Very busy this weekend. So sorry. So gonna make it short and simple.
Hari tu beli barang dapur kat Jaya Grocer. Tetiba teringin nak makan kat food section kat Jaya Grocer, Bangi Getaway. Entah kenapa kali ni terpanggil nak makan kat sini disebabkan mengidam Creme Brulee punya pasal.
Suasana food section 
Nak order makanan, pergi kat kaunter dia, so pilih main dish. Macam hari tu dia ada kambing dan ayam panggang. Bila pilih main dish akan dapat 2 side dish. Macam kenny roger la.
Pilihan yang ada (sorry, gambar tak berapa nak clear.)



So Encik Suami pilih kambing, so dapat 2 side dish. Pilih Corn Salad dan Barley & Mushroom Salad - silalah pilih side dish ini sebab sedap sangat. Kenyang. Portion memang banyak. Siap share berdua dengan Encik Suami lagi.
Creme Brulee RM 9.80 (quite expensive). Taste?? Biasa biasa saje
This coffee you must try. So tasty. RM 7.50. Sedap sangat sebab pahit pahit lemak
Ini bill ye.

Bila Anak Dah Bagi Warning

Lokasi Kejadian : Rumahku SyurgakuTengah pakaikan pakaian untuk anak sulung pergi sekolahAnak Sulung : Ibu, boleh tak kalau ibu tak payah pergi keje?Ibu : Ibu kena pergi kerja, nak tolong ayah. Nanti camne ibu nak belikan legoJack and Neverland banyak-banyak.Anak Sulung : Macam tu ibu kerja sekejap jelah (halfday), sebab ibu selalu datang lambat sampai semua kengkawan kat sekolah tinggal sikit je.Saya hanya mampu mengusap rambutnya. Coming soon ye anakku. Sikit je lagi, bagi ibu selesaikan mana yang patut dulu. Doakan ibu dipermudahkan urusan. Ameen ..

Restoran Daidomon BBQ (Japanese Cuisine)

Quick Update no 2.  Restoran ini baru buka dalam 2 bulan di Kompleks Bangi Getaway. Rujuk sini untuk direction. Restoran ini menawarkan makanan jepun serta bbq ala jepun. Dont worry, fully owned orang melayu muslim. Tapi hari ni kami tak makan bbq set sebab tekak teringin nak makan sushi.
Hai awak !!! Comelnye awak. Nama dia Sushi Unagi 8pcs : RM16

Salmon Terayaki set RM 35.00
Close up sikit. Sedap, not bad

Macarel set RM19.90.  Pun sedap dan rangup.
Bagi set salmon terayaki dan macarel set ni boleh pilih sama ada nak makan dengan nasi / wedges dan miso soup (bean paste soup) / seaweed soup. Kenyang makan set ni. Portion boleh tahan.
Taste memang sedaplah but quite expensive compare to Restoran Miyagi.

StreetFood : Warung Tepi Jalan Inspen - Putrajaya

Quick update, sebab minggu ni busy.  Teringat blog tak berupdate so lelaju jemari gebu ni update. 1st nak update pasal warung ni. NASI KERABU MOK SU terletak di Gate 1 Putrajaya. Jalan nak ke Inspen Putrajaya. Kalau dari Kg Dato Abu Bakar Baginda, nampak traffic light kat Kedai Nasi Dagang Mak Mah yang glamer habes tu, belok kanan so jalan terus belah kiri akan nampak warung ni, betul betul berhadapan dengan pintu masuk utama INSPEN.
Specialnya ialah daging bakar ni. Sedap giler tau. Memang terasa makan kat kelate jek. Bukan daging bakar je tapi ayam bakar pun ada. Laksam, nasi berlauk, nasi dagang. Bak kata completelah breakfast ala kelantan.
Terliur tak?? Memang sedap daging dia. Lembut dan juicy.
Pekena Nasi Kerabu Daging dengan Kopi O .. (saya penggemar kopi) ok boleh mulakan hari dengan ceria dan bahagia.

Captain Carlos The Guardian Of Good Eating

Sebenarnya saya honestly taklah pantau sangat anak-anak tengok kartun apa, saya just had kan masa untuk mereka menonton (selalunya saya bagi mereka menonton waktu pagi sampai pukul 9 dan petang dari pukul 6 hingga 7). Cuma kartun yang lawan-lawan macam ultraman, boboiboy, spiderman dan sebagainya tu saya tak galakkan sangat. Kalau mereka tengok selalunya saya akan jelaskan mengapa, kenapa, apa. Al maklumlah anak yang sulung tu banyak sikit soalannya dan gaya pemikiran yang kreatif.
Hari tu disebabkan dia tengok movie spiderman, dia menjadikan watak jahat itu hero dia sebab dia cakap 
" Ibu, abang nak jadi spiderman hitamlah"
"Kenapa?" 
"Sebab spiderman hitam kuat, tengok dia lawan spiderman merah. Spiderman merah ada darah, tak kuat" 
So saya pun menerangkan apa yang patut untuk mengubah tanggapan dia yang "watak jahat" adalah kuat.
Tapi saya suka bagi anak saya tengok kartun ini : 
Captain Carlos : Guardian Of Good Eating
Kartun ni memang bagus. Mengaj…

Dating Dengan Encik Suami @ Pizza San Francisco

Hari Jumaat malam jalan-jalan dengan Encik Suami. Punyelah drive dari Nilai, tak sedar tetiba dah sampai Wangsa Maju. Tekak pulak teringin nak makan western, so ternampak la Restoran Pizza San Francisco. Sebab tak pernah rasa, so terus terjah. 

Ni cawangan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Punyelah ada kat Bangi, Wangsa Maju juga pilihan hati.
Bahagian Luar restoran. Nice.
Kemas, teratur dan paling penting BERSIH.
Dah nama restoran western, sah sah ada pizza kan. So ini adalah di antara menu yang ada.



Tuju terus menu dessert. Menarik !! Menu yang di order pada malam romantik tu ce ce ce .. (romantiklah sangat)
Brewed Coffee. Saya dah jadi addicted coffee. Hari-hari minum kopi.
Salmon steak RM24.70. Our star, memang sedap sangat, macam nak repeat order jek.
Aglio Olio RM10.90. Ada 3 pilihan sama ada nak macam gambar di atas, atau boleh pilih pilihan ayam/ikan. Tapi harga dia berbeza la ye.
Fun Fries.
Macam kena pergi lagi je, sebab nak try pizza dia. So far Salmon Steak tu saya b…

Jom Terbang Bersama Air Asia

Dah buat plan next year nak pergi mana? Dah tahu nak bawa keluarga pergi mana ? Belum lagi plan ? Selalunya keluarga saya (padahal diri sendiri yang suka suka buat list, suami ikut je)dah jotted down tempat-tempat yang pasti dilawat dan pergi tahun depan bila dah dekat-dekat hujung tahun ni. Nak tahu kenapa? Sebab selalunya hujung tahun ni lah banyak syarikat penerbangan buat promo dan yang paling hebat promo adalah syarikat penerbangan yang begitu glamour dengan Nasi Lemak Pak Nasser yang sedap tu, Air Asia. 
OK .. belum terlambat lagi untuk booking mana-mana flight ticket, klik sini .  Mesti korang dah ramai-ramai sign up jadi ahli BIG kan. Kalau bukan ahli BIG pun still boleh dapat harga promo ni.
Air Asia buat promo 10 Nov 2014 - 16 Nov 2014
Travel period : 10 Jun 2015 - 17.1.2016
Kali ni Air Asia buat promo dengan lebih banyak destinasi. Target saya tahun depan nak pergi Jepun masa Autumn. Lebih-lebih lagi nak tengok Mt Fuji yang cantik tuh. 

sumber ihsan : Google

sumber ihsan :…

Niat

Lokasi : Rumahku Syurgaku
Bunyi whatsapp masuk (waktu 15:30 )
Adik : datang rumah ayah tak hari ni? Me :  ala dah petang dah. Malaslah nanti MRR2 jammed. Bencilah drive macam tu. Adik : lama kut tak datang. Hari ni mama dan ayah masak sedap (adik memang selalu umpan masakan mama dan ayah) Me : masak apa? Meh bagi gambar sikit 
Adik : jap tau, Na gi dapur

Seminit kemudian
Adik :



Best kan. Kena datang ni tau. 
Me : tunggulah solat Asar dulu. Mana tahu dapat hidayah nak gi sana (mood malas nak drive jejauh sebab sah sah kena tempuh jammed )
Adik : ala datang jelah. Sian ayah dan mama dah lama tak tengok cucu kihkihkih. Lagipun dah lama tak datang rumah. (ayat baek punye adik kasi)
Dalam hati, alamak ye tak ye gak. Mmm niat dalam hati moga Allah permudahkan perjalanan, melancarkan perjalanan. Niat nak jumpa mama dan ayah sebab dah lama tak jumpa. 
Me : yelah datangla ni. Malam ni akak tidur sana, malas nak drive balik waktu malam.
Adik : yeayyy ..
So kami (saya + anak-anak) memulakan perjalanan da…

Dialog Anak Part 2

Lokasi Kejadian : DapurAnak : Ibu, dalam dunia ni Ultraman yang paling kuat kan? Sebab dia lawan raksasa.Ibu : Bukanlah abang. Yang paling kuat dalam dunia ni Allah.Sambil diperhatikan oleh adik.Lokasi Kejadian : Dalam Bilik lepas solat MaghribAnak 1 : Adik, siapa paling kuat dalam dunia ni? (Dengan harapan adik akan cakap ultraman, takpun spiderman)Anak 2 : Allah. Ibu cakap Allah Anak 1 : Bukanlah, Ultraman.Anak 2 : Allah, Allah yang paling kuat.Note : Ingat ye ibu bapa, segala perlakuan kita dan tutur bicara yang kita lafazkan akan diperhati dan diingati oleh anak-anak kita. So kena jaga tingkah laku dan mulut sebab mereka akan ingat sampai bila-bila.

Tea Time : Churros

Hari tu ada nampak stall jual churros kat Pasar Seni aka Central Market (setengah orang tak kenal pasar seni, bila cakap Central Market baru tahu. Al maklumlah sekolah omputih hehe), tapi tak sempat nak beli sebab kejar masa. So petang hari tu hujan turun dengan renyai, terfikirlah nak buat churros. Rupanya senang sangat nak buatnya. Barang- barang yang diperlukan :
1. Tepung Gandum 2. Gula perang / gula putih  3. Marjerin/mentega  4. Esen vanilla (takde pun takpe) 5. Telur 1 biji 6. Coklat (untuk buat dip) 7. Air masak 8. Garam
Tak banyak ok barang dia. Rasanya kat setiap rumah pasti ada benda benda ni. 
Cara-cara membuat :
Sukatan :  1 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan air 1 sudu besar mentega/marjerin 1 sudu gula perang/putih 1 sudu teh garam.
Didihkan air, masukkam mentega/marjerin, gula perang/putih dan garam. Larutkan sampai sebati. Kecilkan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Lepas tu padamkan api, gaul sampai tepung sebati. Masukkan telur dan gaul sehingga sebati. Letakk…

Dream Trip To Macau

Kebelakangan ni jarang pergi bercuti sebab tak dapat best price untuk harga tiket flight. Fuhh rasa macam dah tepu pulak kepala ni asyik bekerja bekerja dan bekerja. Letihkan ??
Tengah tengok webNuffnang, sekali ada contest Dream Trip To Macau. Memang tak boleh dilepaskan dan terus je jemari yang comel ni klik pada web Macau Goverment Tourist Office (MGTO). Rupanya (punyelah selama ni tak tahu pasal Macau, thanks to Nuffnang sebab perkenalkan) banyak tempat menarik kat Macau ni. Senang cerita tak payah pergi Europe pun still leh naik gondola, tengok portugese dance, senibina bangunan cantik setaraf yang ada di Europe. Nak tahu apa yang menarik kat Macau ni, jom baca 3 + 1 sebab kenapa Nuffnang harus pilih saya untuk join trip ini : 
1. Macau Tower

Pertama, saya memang suka aktiviti adventure ni, yang jenis lasak lasak so dapat tahu yang kat Macau Tower ni macam macam boleh buat aktiviti. Disebabkan bungee jumping disenaraikan dalam bucketlist saya sepanjang zaman, teringin nak buat kat…