12 Jam

Mungkin kengkadang kita tidak sedar betapa berharga yang setiap detik dalam kehidupan seharian sehinggalah Allah menguji kita dengan mengambilnya separuh daripada kehidupan seharian kita, cuma 12 jam sahaja.

Dan baru kita sedar, bahawa setiap saat yang Allah kurniakan itu begitu tak ternilai.

Dan baru kita sedar, yang kita berharap agar Allah kembalikan semula lagi separuh itu dan pada masa itu sudah lewat untuk menyesalinya.

Dan baru kita sedar, Allah sedang menguji kita dengan menariknya separuh agar kita tahu erti menghargainya.

Dan baru kita sedar, Allah sayangkan kita dengan menyuruh kita dekat padaNya, meminta padaNya, mengadu padaNya, menangis padaNya.

Dan baru kita sedar, Allah tidak bebankan kita dengan bebanan yang kita tidak mampu dan kasih sayangNya mengatasi segalanya.

Dan baru kita sedar, kita perlu merancang sebaiknya 12 jam itu agar tidak lagi rasa kesal dan sesal dalam menjalani kehidupan ini.

Dan baru kita sedar, bagaimana rasanya menghargai setiap detik selama 12 jam itu agar tidak rasa sedikit kesal.

Dan baru kita sedar, segalanya sudah terlewat.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil