Skip to main content

Dating Dengan Encik Suami @ Pizza San Francisco


Hari Jumaat malam jalan-jalan dengan Encik Suami. Punyelah drive dari Nilai, tak sedar tetiba dah sampai Wangsa Maju. Tekak pulak teringin nak makan western, so ternampak la Restoran Pizza
San Francisco. Sebab tak pernah rasa, so terus terjah. 


Ni cawangan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Punyelah ada kat Bangi, Wangsa Maju juga pilihan hati.

Bahagian Luar restoran. Nice.

Kemas, teratur dan paling penting BERSIH.

Dah nama restoran western, sah sah ada pizza kan. So ini adalah di antara menu yang ada.




Tuju terus menu dessert. Menarik !!
 
Menu yang di order pada malam romantik tu ce ce ce .. (romantiklah sangat)

Brewed Coffee. Saya dah jadi addicted coffee. Hari-hari minum kopi.

Salmon steak RM24.70. Our star, memang sedap sangat, macam nak repeat order jek.

Aglio Olio RM10.90. Ada 3 pilihan sama ada nak macam gambar di atas, atau boleh pilih pilihan ayam/ikan. Tapi harga dia berbeza la ye.

Fun Fries.

Macam kena pergi lagi je, sebab nak try pizza dia. So far Salmon Steak tu saya bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Sedap.


Sebelum tu nak bagitahu, sesapa yang datang ke sini untuk menjamu selera leh join contest Pizza San Francisco. Mudah semudah budak kecik sebut A B C. Just upload gambar diri denga  makanan di restoran ini dan tag #PizzaSanFrancisco. Boleh menang hadiah menarik tau. 

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…