Dream Trip To Macau

Kebelakangan ni jarang pergi bercuti sebab tak dapat best price untuk harga tiket flight. Fuhh rasa macam dah tepu pulak kepala ni asyik bekerja bekerja dan bekerja. Letihkan ??

Tengah tengok web Nuffnang, sekali ada contest Dream Trip To Macau. Memang tak boleh dilepaskan dan terus je jemari yang comel ni klik pada web Macau Goverment Tourist Office (MGTO). Rupanya (punyelah selama ni tak tahu pasal Macau, thanks to Nuffnang sebab perkenalkan) banyak tempat menarik kat Macau ni. Senang cerita tak payah pergi Europe pun still leh naik gondola, tengok portugese dance, senibina bangunan cantik setaraf yang ada di Europe. Nak tahu apa yang menarik kat Macau ni, jom baca 3 + 1 sebab kenapa Nuffnang harus pilih saya untuk join trip ini : 

1. Macau Tower


Pertama, saya memang suka aktiviti adventure ni, yang jenis lasak lasak so dapat tahu yang kat Macau Tower ni macam macam boleh buat aktiviti. Disebabkan bungee jumping disenaraikan dalam bucketlist saya sepanjang zaman, teringin nak buat kat sini. Jangan main-main tau, ketinggian untuk lakukan aktiviti tersebut adalah pada 233meter. Sekali buat freefall, kelajuan boleh mencecah 200km/h. Ok, pecah jantung ! Selain buat bungee jumping, ada aktiviti lain disediakan seperti Skyjump, Skywalk, Tower Climb dan macam macam lagi. Bagi sesapa yang rasa macam ada darah gemuruh, Macau Tower sediakan kemudahan seperti Observation Lounge, Telescope untuk melihat keindahan Macau. Kalau tetiba keadaan diri tak mengizinkan, bolehlah jenguk je kat Observation Lounge tersebut. 

2. Venetian Macau.


Kedua sebab saya tak pernah pergi Venice (sedih sob sob sob). Jadi sekarang saya boleh lupakan niat nak pergi Venice tapi terus terbang ke Macau. Sila tengok gambar di atas, betul kan tak perlu pergi Venice tu, Macau pun dah ada. Wow 20 kali sambil lompat bintang. Bestnye. Berangan duduk dalam gandola tengok pemandangan kiri kanan yang sungguh menarik. Tak silap, sesapa peminat tegar Korean drama Boys Over Flower, ada scene kat sini. Betul kan? Sapa teringin? Sila angkat tangan. Bestkan!! Terus jatuh cinta beberapa kali padahal baru tengok gambar.

3. Senibina Bangunan dan Landskap 

Ketiga, Saya ni kalau pergi holiday memang jenis suka tengok senibina dan landskap. Saya dapat tahu Macau ni ada banyak senibina tinggalan sejarah yang cantik-cantik seperti Moorish Barracks (1874), Dataran Lilau, Mandarin House, Tokong A-Ma, Mount Fortress dan banyak lagi (fuhh penat nak list kan semua, nampak tak betapa banyaknya tempat nak lawat). Tambahan time SPM dapat subjek Sejarah A, haruslah saya pergi ke tempat-tempat begini. Tengok sahaja jelah kat gambar di bawah, dah boleh gambarkan kesenian dan keindahannya.


Ruins Of St Paul's

Church ini dibina pada kurun ke 17. One of Macau's best known landmarks (tetiba tulis omputih lak). Tahun 2005, tempat ni secara rasminya termasuk dalam senarai "HISTORIC CENTRE OF MACAU" oleh UNESCO WORLD HERITAGE SITE

Warisan Dunia Macau





Dataran Senado


3 +1 .House Of Dancing Water.


3 + 1, kenapa harus pergi Macau. Banyak sangat tempat yang kena pergi Macau ni, sorry ye Nuffnang sebab saya tambah satu lagi tempat yang saya memang ingin pergi. House Of Dancing Water ni memang tersangatlah wajib pergi. Wajibulghunnah. Cantik sangat tengok dalam gambar. Kalau nak tengok lagi best boleh cari kat youtube.


Manalah tak tertawan. Tengok gambar je, hati dah terpikat. Kalau dapat menyaksikan real memanglah tersangat best. Harap sangat dapat terpilih pergi trip ni dan akanku abadikan semua kenangan terindah di Macau. Mari doa ramai-ramai untuk saya.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil