Niat

Lokasi : Rumahku Syurgaku

Bunyi whatsapp masuk (waktu 15:30 )

Adik : datang rumah ayah tak hari ni?
Me :  ala dah petang dah. Malaslah nanti MRR2 jammed. Bencilah drive macam tu.
Adik : lama kut tak datang. Hari ni mama dan ayah masak sedap (adik memang selalu umpan masakan mama dan ayah)
Me : masak apa? Meh bagi gambar sikit 

Adik : jap tau, Na gi dapur


Seminit kemudian

Adik : 

 



Best kan. Kena datang ni tau. 

Me : tunggulah solat Asar dulu. Mana tahu dapat hidayah nak gi sana (mood malas nak drive jejauh sebab sah sah kena tempuh jammed )

Adik : ala datang jelah. Sian ayah dan mama dah lama tak tengok cucu kihkihkih. Lagipun dah lama tak datang rumah. (ayat baek punye adik kasi)

Dalam hati, alamak ye tak ye gak. Mmm niat dalam hati moga Allah permudahkan perjalanan, melancarkan perjalanan. Niat nak jumpa mama dan ayah sebab dah lama tak jumpa. 

Me : yelah datangla ni. Malam ni akak tidur sana, malas nak drive balik waktu malam.

Adik : yeayyy .. 

So kami (saya + anak-anak) memulakan perjalanan daripada Nilai ke Taman Melati. 

Me : Muhammad, cepat doa naik kenderaan.

Anak 1 : Ok. (Dia membaca dengan nada kuat)

Anak 1 : Ibu nak pergi rumah atok dah bagitau ayah tak?

Me : dah la abang. Mana boleh gi jejalan tak bagitahu ayah.

Memang Allah dengar permintaan saya, perjalanan hari tu memang lancar. Tak pernah MRR2 tu tak jammed, tapi hari tu jalan memang clear. Alhamdulillah. Memang betul ustaz dan ustazah kita cakap, kalau niat kerana menggembirakan hati ibu bapa memang Allah makbulkan. Lepas tu setiap kali nak mulakan doa, make sure doa untuk ibu bapa dulu. Tu ustaz dan ustazah  yang ajar saya, sampai sekarang ingat. Perjalanan kami lancar, anak-anak pun tenang dalam kereta (kalau tak macam-macam kerenah)



Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil