Restoran Mee Tarik @ Bangi Sentral

Restoran Mee Tarik Warisan Asli ini adalah cawangan ke 5 beliau di Bangi. Restoran ini terletak di kompleks perniagaan baru, Bangi Sentral. Acctually restoran ini adalah restoran yang menawarkan chinese muslim cuisine. Mee tarik ini telah terkenal di China sejak zaman dinasti Qing iaitu kira kira 200 tahun dahulu. Waa memang lama. 

Interior dalaman restoran.


Should try this Ba Bao tea ini. Healthy drink yang terdiri daripada red dates, wolfberry, green tea, longan, laici, bunga kekwa, crystal sugar dan aprikot. Nampak tak, betapa sihatnya minuman ini.


Yang menariknya, kita boleh tengok macam mana penghasilan mee tarik ini. Bes tengok pemuda ni main tarik tarik mee. So memang mee tersebut dihasilkan secara manual di restoran ini.

Teruja tengok pemuda ni buat mee. Anak sulung sampai duduk diam perhatikan pemuda ni.

Sesapa tak tahu mee tarik, boleh tengok gambar ni. Eh bukan tengok je, u should come this place.

Jom tengok menu .. 





Dont worry, kalau tak nak makan mee, mereka juga menyediakan nasi dan lauk chinese cuisine . Banyak sangat sampai rasa macam nak order semua. Hahaha..

Zirloin mee

Beef and fungus mee.

Coldmee with beef.

Mee dia memang banyak, sampai boleh share untuk 2 orang.

Nampak tak, si kecik ni first sekali mee masuk mulut angelina jolie dia tu, dia cakap "ermmm cedapnya". Budak kecik tak pandai menipu, ok. Memang sedap. Rasa mee dia lain daripada yang lain dan kuah mee tu memang awesome. 


 Nak bagi bintang kat restoran ini 4.8 out 5. Korang harus cuba. Memang lain daripada yang lain. Sedap rasa mee dia. Lain daripada yang lain. Tasa macam nak bungkus mee bawa balik rumah. Restoran ini kalau tak silap ada cawangan di Sungai Besi dan Dang Wangi. 

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil