StreetFood : Warung Tepi Jalan Inspen - Putrajaya


Quick update, sebab minggu ni busy.
 Teringat blog tak berupdate so lelaju jemari gebu ni update. 1st nak update pasal warung ni. NASI KERABU MOK SU terletak di Gate 1 Putrajaya. Jalan nak ke Inspen Putrajaya. Kalau dari Kg Dato Abu Bakar Baginda, nampak traffic light kat Kedai Nasi Dagang Mak Mah yang glamer habes tu, belok kanan so jalan terus belah kiri akan nampak warung ni, betul betul berhadapan dengan pintu masuk utama INSPEN.

Specialnya ialah daging bakar ni. Sedap giler tau. Memang terasa makan kat kelate jek. Bukan daging bakar je tapi ayam bakar pun ada. Laksam, nasi berlauk, nasi dagang. Bak kata completelah breakfast ala kelantan.

Terliur tak?? Memang sedap daging dia. Lembut dan juicy.

Pekena Nasi Kerabu Daging dengan Kopi O .. (saya penggemar kopi) ok boleh mulakan hari dengan ceria dan bahagia.

Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil