Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Muka Anak Anda Ketika Makan ?

Mesti rasa best bila dapat tengok reaksi muka anak ketika makan. Bagi saya saat itu lah yang 'mahal'. Muka malas nak makan, muka selera nak makan dan semualah. Meh saya share gambar reaksi muka anak saya ketika makan :
muka terpaksa makan makanan hospital.
"Cedapnye"

muka terlebih excited makan
muka menghayati makanan
gaya makan sambil menonton

Nak tahu lebih lanjut boleh klik pada link ini muka kanak-kanak . Ada macam-macam reaksi kanak-kanak ketika makan. Lawakla. Saya rasa boleh menjadi memori yang indah. Yelah, cuba bayangkan kita dah penat-panat masak, sekali anak makan dengan berselara sekali. Fuhh hilang penat ye tak? Sustagen menawarkan peraduan yang memberi ganjaran kepada pemenang. Senang je. Ok ikut step ini ye :
1. Upload your happy moments tengah prepare or eating meals dengan anak atau gambar your creative food art. 2. Hashtag #100funmeals and then post kat twitter,instagram atau facebook sustagen.

Mudahkan!! Alamak, peraduan habis pada hari ini. So ma…

#Malaysia #StayStrong

#PrayForMH370
#PrayForMH17
#MalaysiaFlood
#PrayForPantaiTimur
#PrayForQZ8501

End Of 2014 
Tough & Tragic Year For Us & Worldwide
Full Of Tragedies & Disasters
#Malaysia #StayStrong

..........................

Bila Anak Bandar Masuk Hutan - Santuari Ikan Sungai Chilling

Percutian akhir tahun kami, tema masuk hutan "Love Your Nature". Entah kenapa kali ni Encik Suami nak plak bawa aktiviti macam ni. Selalu Encik Suami mengelak, saya je yang beriya sangat nak buat aktiviti macam ini. Bila Encik Suami ajak, of course la saya suka. Eh kami tak pergi berdua, bawa anak-anak kami sekali. Bak kata adik ipar, "bawa la, omputih selalu je bawa anak dorang jungle trekking".
Tempat yang kami pilih ialah Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu.
Pintu masuk Santuari Ikan Sungai Chilling. Tempat ni dibuka HANYA pada hari Jumaat hingga Ahad 8:00 pagi hingga 6:00 petang. 
Nak masuk ke tempat kaunter pendaftaran mengambil masa berjalan lebih kurang 5 minit dari pintu tadi.
Nampak tak?? Budak bandar tu excited. 1st pengalaman dia masuk hutan, redah sungai.



Masa buat survey dorang cakap jalan kaki ke air terjun tu dalam lebih kurang 40minit. Dalam hati tanya, boleh ke anak saya bertahan nak jalan kaki selama itu?


Kaunter pendaftaran. Dewasa…

Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu

On the way nak pergi Sungai Chilling, kami singgah sebentar di Empangan Sungai Selangor atau lebih kenali Empangan Kuala Kubu Bharu. Yang dulu kecoh kecoh paras air rendah di Selangor, wartawan datang, ni lah empangan tersebut. 
Orang awam dibenarkan masuk.  Free je.

Ikutkan, rendah lagi paras air kat sini.

Ramai gak lepak-lepak kat sini. Ada orang berbasikal singgah di sini. Suasana memang nyaman. Tapi dari jauh tengok tembok empangan ni memang menggerunkan. So after tengok-tengok, kami teruskan perjalanan ke Sungai Chilling. Here we come

Unplanned Holiday - Fraser Hills, Pahang

Tajuk pun unplanned, so memang tak dirancang. Menghabiskan sisa baki cuti tahun 2014, drive je semasa krismas tempoh hari tetiba sampai di Fraser Hills. Acctually nak pergi ke satu tempat, tapi tempat tu tutup pulak. Maklumlah hujan yang tak berhenti-henti turun. Apa khabar agaknya kawan kita di Pantai Timur. Jangan lupa hulurkan bantuan ye, nak jadi sukarelawan pun ok gak. Sampai di Fraser Hills, Encik Suami cakap if hotel penuh kita tidur dalam kereta jelah ye. Dengan pasrah, menganggukkan kepala huhu. Padahal dalam hati tak putus-putus doa tolonglah ada bilik. Musim cuti kan sah sah penuh.

Drive pergi Fraser Hills ni memang mencabar. Jalan kecik je. Lepas tu berpusing pusing. Fuhh gear kereta pun sampai guna gear rendah. So faham faham jelah bila jalan kecik dan berpusing pusing, so terasa jauh sangat perjalanan ni dan mengambil masa yang lama.
Tips 1 : Guna gear rendah. Elak memandu waktu malam. Sungguh tak sesuai.
Tips 2 : Sebelum naik ke Fraser Hills, make sure tangki minyak ke…

Kuliah Semalam

Semalam ada kuliah dengan Ustaz Pahrol Muhammad Juoi. Honestly saya memang dah lama tak dengar kuliah agama. Santapan rohani kurang, makanan untuk hati tak cukup. So kesempatan yang ada, saya join kuliah ini. Saya teringat kata kata ustaz ni, menusuk jiwa" Rasulullah SAW pergi berperang sebanyak 19 kali. First perang umur 55 tahun. Dan hanya menunaikan haji sekali sahaja. Kita orang melayu pergi haji berkali-kali, perang tak pernah sekali. Umur 55tahun Rasulullah sihat tubuh badan, tegap, cergas, kita umur 55 tahun dah sakit, kolestrol tinggi Menusuk betul dalam hati

Bangun, bangun, bangun Harimau Bangun

Checklist Menarik Untuk Trip Ke Jepun

Sapa dah pergi Jepun, angkat tangan?? (Dah macam kat sekolah pulak). Hajat di hati memang nak pergi Jepun kalau ada rezeki, Insha Allah. Seperti yang saya mentionkan sebelum ini. baca ini . Hari ni memang sengaja mencari benda-benda menarik kat google mengenai trip ke Jepun ni. Sekali terjumpa satu checklist yang begitu comel "apa yang kita perlu buat di beberapa tempat di Jepun". Rasanya boleh menjadi panduan pada kengkawan semua. Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Google Image
Menarikkan??  So sesapa plan nak pergi Jepun, bolehlah jadikan panduan.