Bila Anak Bandar Masuk Hutan - Santuari Ikan Sungai Chilling


Percutian akhir tahun kami, tema masuk hutan "Love Your Nature". Entah kenapa kali ni Encik Suami nak plak bawa aktiviti macam ni. Selalu Encik Suami mengelak, saya je yang beriya sangat nak buat aktiviti macam ini. Bila Encik Suami ajak, of course la saya suka. Eh kami tak pergi berdua, bawa anak-anak kami sekali. Bak kata adik ipar, "bawa la, omputih selalu je bawa anak dorang jungle trekking".

Tempat yang kami pilih ialah Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

Pintu masuk Santuari Ikan Sungai Chilling. Tempat ni dibuka HANYA pada hari Jumaat hingga Ahad 8:00 pagi hingga 6:00 petang. 

Nak masuk ke tempat kaunter pendaftaran mengambil masa berjalan lebih kurang 5 minit dari pintu tadi.

Nampak tak?? Budak bandar tu excited. 1st pengalaman dia masuk hutan, redah sungai.




Masa buat survey dorang cakap jalan kaki ke air terjun tu dalam lebih kurang 40minit. Dalam hati tanya, boleh ke anak saya bertahan nak jalan kaki selama itu?



Kaunter pendaftaran. Dewasa RM1.
Kalau nak camping pun boleh. Nak sewa khemah pun boleh. Dikenakan bayaran RM35 sahaja. Plan kami next year nak khemah plak dekat sini. Di sini ada jual makanan ikan tau, jangan lupa beli. Anak-anak pasti suka nanti.




Dataran khemah. Aims untuk tahun depan.

Lintasan 1. Nak sampai ke air terjun Sungai Kelah ni kena lalu 6 Lintasan.

Anak excited tengok air sungai. Kami akan melintas 5 sungai. Fuhh

Nasib ada ada Juni and the gang dari UPSI. Dorang yang banyak tolong mengangkut dan bergilir gilir tolong bawa anak-anak saya melintas sungai. 


Lintasan pertama oklah, air sungai paras betis je.


Sepanjang jalan tanya 
"Abang penat tak?"
"Tak. Abang kuat"
Lega hati. Dia tak merungut sikit pun. Jalan je. Sepanjang jalan asyik bercakap tanya itu ini. Adik dia relax je sebab berdukung sepanjang perjalanan.


Bila dah masuk lintasan ke 2 hingga ke 6, anak sungai dah sampai dada saya dah (tinggi saya 147cm ye. Ye ye saya tahu saya pendek). Masa ni memang off handset. Handset dah tenggelam dalam sungai. Stop ambil gambar. Lepas ni kena lebih focus sebab air memang deras. Bebudak UPSI tadi tolong bawa anak-anak saya. Dorang excited sebab dorang cakap kami memang adventure giler bawa anak-anak redah sungai. Bagus bak kata dorang. Padahal kami tak menyangka akan redah sungai paras dada. Paras air naik dan deras sebab semalam hujan memang lebat. Kalau tak, baras betis aje.

Juni and the gang dah kidnap anak-anak kami.

Setelah mengambil masa 1jam 30minit meredah hutan dan anak sungai akhirnya kami tiba di air terjun. Bawa budak-budak ambil masa kut nak naik atas sebab ada blog tu cakap dia hanya mengambil masa 40minit sahaja.
 Fuhh pengalaman yang sukar didapati.

Nampak tak Juni and the gang, dorang memang suka dengan anak-anak saya. Sanggup tunggu sama-sama balik sebab nak tolong kami bawa anak-anak redah sungai. Terima kasih bebanyak. Tak terbalas budi korang. Moga jumpa lagi, nanti kami belanja nasi lemak ok.


Cantikkan?? Subhanallah. Reward bila sampai atas. Sejuk giler air.
Time to feed ikan kelah .


Ikan kelah excited sebab campak makanan. Kenyang mereka.
Kalau pergi ambil masa 1jam 30minit, pulang kami mengambil masa 1jam 10minit. Sampai di dataran khemah tadi, kiteorang terjun sungai lagi.

 Bila tanya anak
"Best tak? Nak pergi lagi?"
Dia jawab "Best. Nak. Nanti kite khemah pulak ye ibu"
Masuk dalam kereta nak balik rumah, anak-anak keletihan tidur selama 4jam. Penat sungguh tu.

Tips 1 : Sebolehnya elak pakai kasut sukan sebab nanti nak redah sungai, kasut jadi berat bila nak jalan. Pakai kasut sarung getah macam crocs, rasanya lagi comfortable.

Tips 2: Makanan boleh dibeli di pintu masuk tadi. Manalah tahu bila sampai kat air terjun nanti akan rasa lapar. Macam -macam ada. Nasi lemak, burger, hotdog, maggi in cup, air panas/sejuk.

Tips 3 : Jangan bawa berat-berat beg. Sebab perjalanan jauh dan melalui laluan sukar. Cukup bawa makanan dan minumam sahaja. Bebudak UPSI tu melenggang je jalan.

Tips 4 : Boleh beli makanan ikan di kaunter pendaftaran untuk bawa ke air terjun nanti.

Tips 5 : Terus pakai pakaian mandi untuk naik ke atas. Tak perlu bawa persalinan pakaian. Tukar bila sampai semula di dataran khemah. Bilik air dan surau disediakan.


Percutian kami yang terakhir untuk tahun ini. Alhamdulillah, tahun ni dapat bercuti bersama keluarga dan anak-anak. Itu yang penting. Next year kena plan dengan betul. Tahun depan banyak cuti yang berderet. So tak perlu ambil cuti banyak-banyak. Target kena betul lepas ni. Saya suka bawa anak-anak bercuti, maybe sebab dulu ayah terapkan dalam keluarga kami pergi bercuti jika ada masa lapang. Walaupun ada setengah orang cakap, susah nak bawa budak kecil, tapi kami tetapkan dalam mind set, bawa anak lebih adventure dan seronok. (hehehe padahal baru sekali masuk hutan, redah sungai. Takpe janji semangat ada.)

Target tahun depan, nak camping pulak. Since anak-anak tak banyak meragam. Moga tahun depan akan jadi lebih baik daripada tahun ini.

(p/s : doakan untuk mangsa banjir moga tabahkan hati menghadapi dugaan, hulurkan bantuan jika mampu. Turut doakan nasib penumpang AirAsia QZ8501)



Popular posts from this blog

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Kelantan : Maggi Tiram Pok Weil