Skip to main content

Unplanned Holiday - Fraser Hills, Pahang

Tajuk pun unplanned, so memang tak dirancang. Menghabiskan sisa baki cuti tahun 2014, drive je semasa krismas tempoh hari tetiba sampai di Fraser Hills. Acctually nak pergi ke satu tempat, tapi tempat tu tutup pulak. Maklumlah hujan yang tak berhenti-henti turun. Apa khabar agaknya kawan kita di Pantai Timur. Jangan lupa hulurkan bantuan ye, nak jadi sukarelawan pun ok gak.
Sampai di Fraser Hills, Encik Suami cakap if hotel penuh kita tidur dalam kereta jelah ye. Dengan pasrah, menganggukkan kepala huhu. Padahal dalam hati tak putus-putus doa tolonglah ada bilik. Musim cuti kan sah sah penuh.


Drive pergi Fraser Hills ni memang mencabar. Jalan kecik je. Lepas tu berpusing pusing. Fuhh gear kereta pun sampai guna gear rendah. So faham faham jelah bila jalan kecik dan berpusing pusing, so terasa jauh sangat perjalanan ni dan mengambil masa yang lama.

Tips 1 : Guna gear rendah. Elak memandu waktu malam. Sungguh tak sesuai.

Tips 2 : Sebelum naik ke Fraser Hills, make sure tangki minyak kereta penuh, sebab perjalanan start dari empangan selangor sampai Fraser Hills takde stesen minyak. Take note ok !! 


Hotel Puncak Inn 

Kami menginap di sini. Murah gak rate bilik dia. Kami ambil bilik 1 queen bed RM130. Bilik dia kecil je .

Fraser Hills banyak menawarkan rumah untuk disewa. Macam homestay. Cantik sangat sebab rumah gaya british dulu-dulu. Terletak di lereng bukit.



Mercu tanda Fraser Hills. Jangan lupa ambil gambar kat sini. Tanda penting.

Apa yang ada di Fraser Hills??



Air terjun Jeriau.

Kami tak turun bawah lagi, sebab hujan turun makin lebat. Lagipun kami 4 beranak je yang ada. 


Ladang kubis dan strawberry. Kami tak masuk. Sebab waktu ni sepanjang hari hujan.

Keesokkan harinya, alhamdulillah cuaca cantik. Bawa anak -anak pergi tunggang kuda di The Paddock.



Rate memang murah.


Memanah pun ada. Boleh cuba. Kami tak cuba sebab malas nak queue.


Dewasa + kanak-kanak : RM10.


Tempat makan berhadapan dengan Puncak Inn.  Kedai makan kat sini tak banyak. Harga memang lebih mahal. Bihun sup RM7.00.
Tengah hari kami makan di food court on the way nak g Air Terjun Jeriau. Nasi kosong + ikan bakar talapia, nasi + sayur ulam + ikan talapia = RM29.00 Mahal kan?? Burger Ayam RM4.00


Suasana di hadapan restoran.


Tips 4 : Dekat sini tak ada convinient shop. So make sure beli barang yang patut sebelum datang ke sini. Nasib ada bawak biskut dan roti sebab anak-anak terlebih lapar sebab cuaca sejuk.

Tips 5 : Fraser Hills ni lebih sesuai untuk datang balik hari sebab tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. Pergi pagi, petang dah boleh balik. Kalau boleh elakkan drive waktu malam, sebab tahap bahaya nak turun drive ke bawah.

Tips 6 : Bawak sweater tebal. Cuaca memang sejuk sesangat. Sampai keluar asap dekat mulut ala ala kat oversea dah. Terlebih sejuk daripada Genting or Cameron.


Nampak tak kabus tu?? Sejuk sampai ke tulang. Siap ada tourist pakai wintercoat hahaha

Popular posts from this blog

Mengunyah Keropok Lekor & Meratah Sata di Kemaman

Dari Teluk Cempedak naik ke atas ke Kemaman. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman adalah lebih kurang 50minit dengan pecutan sederhana. Kereta kecil ada hati nak tekan minyak sampai lantai. Kami bermalam di kuarter suami. Jimat jimat. Memang tak keluar belanja pergi sini. Waa dah lama tak pergi sini. Rindu rindu nak tengok pantai cantik, nak makan keropok lekor fresh yang dorang uli-uli lepas tu terus campak masuk dalam kuali untuk goreng memang best berbanding beli masuk fridge dan goreng, lain rasanya. Nak makan nasi minyak (popular breakfast di sini), sata (benda wajib kalau tak jangan datang pantai timur), nasi kukus (sini memang banyak giler restoran/warung jual nasi kukus), Nasi lemak ikan tongkol, kan kan mana pernah jumpa nasi lemak ikan tongkol kalau tak kat sini. Haaipp apasal semua makanan ni. (Geleng kepala Encik Suami kalau baca ni). Sampai pun dah petang, so meh kita jenguk kedai yang terbaik untuk makan keropok lekor dan sata. Suami cakap keropok lekor paling sedap dia pe…

Hot Spring Water Park Pedas, Negeri Sembilan

Kalau tahun lepas kami ke Hot Spring Sg Klah, destinasi pilihan kali ni ialah ke Hot Spring Pedas,Negeri Sembilan. Nak ke sana, kami ikut PLUS exit Pedas Linggi. After tol Pedas Linggi, belok kiri, jalan terus sampai jumpa 1st roundabout ambil pukul 3, jalan sampai jumpa 2nd roundabout ambil pukul 12, jalan terus nampak signboard belah kiri tulis Water Park Hot Spring Pedas . Dari tol Pedas Linggi kira-kira 22km untuk sampai ke destinasi. Harap maklum nak beritahu memang takde signboard after tol tu, so just belok kiri. Sepanjang perjalanan silalah perhatikan papantanda yang ada.

Tip 1 : Exit Pedas Linggi. After tol, belok kiri
Tips 2 : Perhatikan papan tanda sebab tak banyak papan tanda mention Waterpark Hot spring Pedas.
Tips 3 : Mesti jumpa 2 bulatan / roundboard baru akan sampai ke destinasi kalau ikut exit Pedas Linggi.
Waterpark ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.


Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
RM 10.00 = 135cm ke atas RM8.00 = 85cm - 135cm
Sabtu, Ahad dan Cuti Sekolah
RM 12.0…

Apa Makanan Menarik di Labuan Selain Seafood?

Kalau tanya saya, tempat makan mana yang menarik hati di Labuan ini selain makan seafood, saya akan beritahu 2 restoran/kedai ini. Menambat hati sangat dan memang menjadi pilihan. Sebenarnya banyak kedai makan di Labuan ini tapi setakat ini biarlah saya beritahu yang 2 ini. 
1. Raff Restoran 
Restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan tidak kira pagi atau petang. Ada 2 cawangan satu Raff Deepsea restoran dan Raff Restoran (sebelah tokong cina).
Waktu Operasi : 7pagi - 3 atau 4 petang Hari : Setiap hari kecuali diberitahu Signature Dish : Daging Masak Hitam. Lokasi : Trademark sebelah tokong cina, jalan Kemajuan.
Disebabkan waktu ini, kami pergi untuk minum pagi makan saya akan order makanan kegemaran saya iaitu Laksa Sarawak. Orang Sarawak yang kalau rindu nak makan laksa sarawak, bolehlah menjengah ke restoran ini. Cukup rasa, cukup lemak, tak kedekut udang, memang boleh hilanglah rasa rindu kampung halaman tu. Ada juga mee kolok. Mee kolok ini hanya dihidangkan pada hari S…